Kompleks PAS Setiu

?

Disember 28, 2009

Sdr. Mazlan Aliman Dedahkan Akta GSA Digunakan Oleh Felda Dan Kerajaan UMNO Untuk Mengugut Serta Menindas Masyarakat Peneroka !!


KUANTAN, 26 Dis - Akta GSA yang diperkenalkan oleh Felda semenjak tahun 1960 dulu dipercayai menjadi alat kepada kerajaan UMNO BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka sebenarnya. Akta itu jelas merupaka satu agenda jahat mereka untuk menjadikan rakyat sebagai "kuli batak" biarpun mereka telah memperolehi geran hak milik tanah masing-masing. Kenyataan itu didedahkan oleh Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto), dalam ceramahnya di Felda Sg.Panching Selatan malam tadi. Biarpun kehadiran para peneroka agak kurang memberansangkan, namun ia sudah menjadi lumrah dalam setiap ceramahnya sebelum ini. "Peneroka takut untuk hadir mendengar ceramah saya kerana ditekan oleh pihak pengurusan Felda. Malah, mereka juga risau akan dipantau oleh pegawai dan pengurus Felda jika hadir. Hanya yang berani sahaja akan duduk dengar di depan dan yang kurang berani akan duduk jauh-jauh" katanya. Sementara itu, Mazlan turut menegaskan bahawa Felda kini telah jauh menyeleweng dan tersasar dari matlamatnya. Peneroka terus dibelenggu dan ditipu mungkin sampai bila-bila jika senario ini tidak diubah. "Banyak kes-kes seperti peneroka yang mahu tanam semula tidak melalui Felda, diugut dengan berbagai tindakan oleh pihak Felda. Pengurus dan pegawai dijadikan senjata untuk mereka memeras kudrat peneroka. Hasilnya, ramai peneroka yang memberontak dan cuba untuk melawan. Namun mereka tidak mendapat pembelaan kerana bergerak secara sendirian. Lantaran itulah ANAK ditubuhkan bagi membela nasib dan masa depan mereka" tegas Mazlan.

Disember 21, 2009

Runtuh Lagi, Empat Cedera Bumbung Kaca Terminal Bas Baru Runtuh

 
HULU TERENGGANU: Tiga buruh warga Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh hari ini.

Disember 20, 2009

Penjelasan 500 Ahli PKR Dun Ijok Keluar Parti

SHAH ALAM, 19 Dis- Khabar angin mendakwa Cabang Parti Keadilan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Ijok akan dibubarkan pada jam 2 petang rupanya didalangi bekas ahli jawatankuasa yang diminta meletak jawatan selepas didapati muflis dan menyalahguna kuasa. Setiausaha Cabang Abdul Rahman Haji Talib melahirkan kekesalan PKR Kuala Selangor dengan tindakan bekas AJK itu dan menafikan khabar angin tersebut. "Suspek, Azmi Muhammad diminta meletak jawatan pada 25 Oktober lalu. Sebagaimana yang kita sedia maklum hari ini ialah pembubaran Dun Ijok. Sebenarnya, di Ijok tidak ada Cabang PKR, sebaliknya hanya ranting-ranting PKR. Jadi soal pembubaran tidak berbangkit," kata Abdul Rahman. "Mengikut Akta Pertubuhan, mana-mana individu yang telah muflis tidak layak menjadi AJK, bahkan juga tidak layak mencadang atau memberi pandangan dalam mesyuarat parti," jelasnya lagi.

Disember 18, 2009

Bajet 1 Malaysia Hampir Di Tolak


KUALA LUMPUR: Kemenangan majoriti tipis Barisan Nasional (BN) dalam undi belah bahagian untuk meluluskan Bajet 2010 tidak akan berlaku jika semua Ahli Parlimen BN hadir di Dewan Rakyat walaupun sesi mesyuarat berlangsung hingga lewat malam.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, kehadiran Ahli Parlimen ketika sesi mesyuarat adalah satu kewajipan memandangkan mereka dipilih oleh rakyat untuk berada di Parlimen.

"Itu menjadi satu pengajaran. Kehadiran kita di Dewan adalah wajib dan kita kena sempurnakan tugas kita.

Disember 10, 2009

Tarif Elektrik Akan Naik Tahun Hadapan 2010


PUTRAJAYA: Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari depan jika diluluskan kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad sudah mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih mengkaji mengenainya sebelum dikemukakan kepada kabinet.

"Tarif ini dikaji semula setiap enam bulan sejajar dengan harga minyak, tetapi sama ada tarif baru akan dikenakan atau tidak, bergantung kepada kabinet," katanya pada perhimpunan bulanan kementerian dan sambutan Hari Inovasi di sini, semalam.

[Apa akan jadi bila tarif baru akan dinaikkan tahun mulai awal januari tahun hadapan, segala barang keperluan rakyat akan naik, bermula barang dalam rumah dan luar rumah akan naik. Inilah nasib rakyat Malaysia lepas satu-satu naik, rakyat bertambah derita. Memang kerajaan mahu melihat rakyat susah supaya mudah dicucuk hidung(ditambat hidung) rakyat supaya kerajaan UMNO kekal memerintah]

Disember 08, 2009

1,439 Hektar Tanaman di Terengganu Musnah Akibat Banjir

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pertanian Terengganu menganggarkan seluas 1,439 hektar kawasan pertanian di negeri itu musnah dalam banjir baru-baru ini.

Pengarahnya, Md Yusoff Maidin, berkata ia membabitkan semua jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan padi dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM5 juta.

"Jumlah ini adalah anggaran kasar, nanti kita akan perhalusi lagi untuk memastikan jumlah sebenar kerugian yang dialami yang dijangka lebih banyak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Yusoff berkata, kira-kira 1,927 petani terjejas dalam bencana alam itu dan pihaknya telah mengedar borang untuk mendapat maklumat lengkap mengenai kemusnahan tanaman yang dialami kepada petani-petani untuk diisi.

Beliau berkata, petani berkenaan akan dibantu apa yang perlu bagi membolehkan mereka mengusahakan tanaman masing-masing.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu pula melaporkan kira-kira 1,883 ekor lembu dan ayam mati akibat banjir kali ini, dengan kerugian dianggarkan mencecah RM113,000.

Pengarahnya, Dr Azizol Mohd Sharum, berkata ternakan berkenaan adalah milik 32 penternak di seluruh negeri.

Dr Azizol berkata, laporan telah disediakan dan akan dihantar ke Ibu Pejabat Veterinar di Putrajaya untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Disember 07, 2009

Malang Sungguh Nasib Terengganu-Baiki Bumbung Stadium Ambil Masa



KUALA TERENGGANU 6 Dis. - Kerja-kerja membaik pulih bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, dekat sini, yang runtuh awal Jun lalu mengambil masa kerana terdapat beberapa perkara teknikal yang belum diselesaikan.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya yakin kontraktor yang bertanggungjawab akan meneruskan kerja-kerja pembaikan itu seperti diarahkan Kabinet.
Katanya, Kabinet telah memutuskan tanggungjawab membersih dan memulihkan runtuhan diserahkan kepada kontraktor asal yang terbabit dalam pembinaan stadium itu.

Permintaan SPRM Agar PKR Membawa P.Balasubramaniam Kepada Mereka, Merupakan Satu Tawaran Atau Pun 'Bala' Buat Penyiasat Itu !!



Pendedahan terbaru tentang rakaman video penyiasat persendirian P.Balasubramaniam (foto), dijangka dapat merungkaikan tentang isu kehilangan beliau selama ini. Bala dalam pendedahan terbaru tersebut menjelaskan bahawa tertadapat bukti yang beliau telah disogokkan wang sebanyak RM5 juta supaya menarik balik surat akuan bersumpahnya tentang pembabitan Najib Razak dan Rosmah Mansor dalan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu.

Disember 05, 2009

Pesuruhjaya SPRM Akhirnya Mahu Mengundur Diri Dengan Reputasi Imejnya Yang Mencemarkan !!


KUALA LUMPUR, 4 Dis [3.45 pm] - Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, berkuatkuasa 1 Januari depan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto), supaya khidmat beliau dipendekkan kepada akhir tahun ini. "Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan Ahmad Said, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Abu Kassim...dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010," katanya hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab Ahmad Said memohon supaya tempoh perkhidmatannya dipendekkan. Dalam kenyataan itu, Mohd Sidek turut menyatakan penghargaan kerajaan kepada Ahmad Said kerana berjaya meningkatkan prestasi SPRM selama menerajui suruhanjaya itu. "Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Ahmad Said sepanjang perkhidmatan beliau dengan Kerajaan. "Dalam tempoh menerajui SPRM sejak 14 Mei 2007, SPRM telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai kerohanian dan moral yang tinggi dan menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul. "Dengan hasil usaha beliau, prestasi SPRM telah dapat dipertingkatkan," katanya.

[Apalah yang mahu dibanggakan sangat dengan prestasi Ahmad Said ini sebenarnya. Beliau terpaksa berundur dengan satu resputasi yang sungguh mencemarkan. Rasuah masih terus berlaku disana sini tanpa ada sekatan. Golongan politik dan korporat masih menggunakan rasuah sebagai senjata untuk menang atau mendapatkan sesuatu projek. Malah, indeks prestasi rasuah negara juga dilihat semakin meningkat mengikut kajian firma antarabangsa. Apakah ini bermakna beliau berjaya menjalankan tugas dengan profesional agaknya? Malah, itu belum termasuk banyak siasatan laporan rasuah terhadap pemimpin UMNO BN yang dikapankan begitu sahaja. Paling sensasi, ialah isu kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal siasata di bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Negeri Selangor. Semua ini menyebabkan rakyat memang sudah hilang keyakinan kepada SPRM. Hanya ada beberapa kerat individu dan pegawai SPRM sahaja sebenarnya yang dilihat melakukan kerja dengan amanah, bertanggungjawab dan profesional. Apapun, selamat jalan Ahmad Said dan kita tunggu pula apa yang akan dilakukan oleh timbalannya itu kelak].

Disember 04, 2009

Puluhan Ribu Rakyat Kelantan Berhimpun Sokong Tok Guru - We Love Tok Guru



KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Disember 03, 2009

Banjir Landa Terengganu Kali 3- Jumlah Pindah 1,699 Orang


KUALA TERENGGANU 2 Dis. – Mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini meningkat 1,699 orang melibatkan 366 keluarga di tujuh daerah di negeri ini berbanding semalam seramai 301 orang melibatkan 68 keluarga di dua daerah sahaja.

Kesemua mangsa banjir mula dipindahkan ke 34 pusat pemindahan berikutan banjir gelombang ketiga yang mula melanda sejak Selasa lalu.

Sehingga pukul 6 petang ini, jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negeri memberitahu, daerah paling teruk dilanda banjir ialah Besut seramai 413 mangsa daripada 81 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

November 25, 2009

Pas Perlu Pimpin Pakatan Rakyat (PR)


Oleh : Ahmad Munzir
Cadangan Dato’ Zaid Ibrahim selaku Pengerusi Pro-Tem Pakatan Rakyat dengan menamakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kepimpinan PAS mempunyai kualiti dan integriti yang tinggi. Meskipun mengikut komposisi kerusi Parlimen menunjukkan PAS adalah parti yang paling sedikit kuantitinya, namun sof pimpinannya bersifat setia dan sungguh komited terhadap perjuangan. PAS seperti komponen Pakatan Rakyat yang lain juga mempunyai masalah dalaman, namun ia tidak menjejas dan mengheret pemimpin PAS kepada masalah moral yang teruk.

November 23, 2009

Peringatan Al-Quran Apabila Mendengar Sesuatu Berita- Selidiki Dahulu


 Tabayyun Dalam Islam - Tafsir ayat 6 - 8 Surah Hujurat

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

November 14, 2009

Tiada Bai’ah Talak Tiga, Khalid Diberi Peringatan – Dato' Mustafa Ali


Kuala Lumpur, 13 Nov – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan secara rasmi bahawa tidak wujud bai’ah talak tiga seperti yang digembar gemburkan oleh media mutakhir ini. Apa yang wujud hanyalah lafaz bai’ah yang bersumpah tidak akan khianat kepada parti apabila bertanding dalam pilihanraya dan sekiranya khianat akan dilaknat oleh Allah.

November 09, 2009

Sekarang Masa Untuk Bertindak- Sumber Malaysiakini


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menyifatkan seminar tersebut sebagai "positif" dan "boleh menyelesaikan masalah dalam PAS".

"Kemelut yang dihadapi boleh dianggap sebagai selesai, sebab kita sudah bincang, sudah berseminar, sudah luahkan perasaan dan isi hati, kita sudah berbahas, memberi komentar dan membuat resolusi.

"(Jika) pemimpin dan akar umbi PAS mahu berubah untuk menjadi lebih baik, lebih berprestasi, maka kesannya positif dan berjaya.

November 03, 2009

TAULIAH - APAKAH KERANA DIA DR ASRI ATAU KERANA UNTUK MENGAIBKAN PAKATAN RAKYAT, ATAU ADA AGENDA LAIN…..-Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Bahkan PAS konsisten membantah tindakan tersebut. Cuma yang anehnya ialah kenapa UMNO bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.

November 02, 2009

Pas Tidak Gadai Prinsip Perjuangan-Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang

KOTA BHARU, 1 Nov: PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

"Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat," kata Abdul Hadi.

"Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno mendakwa PAS mengikut telunjuk DAP dalam Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan asal parti itu.

Sambutan ulangtahun ke-25 Pasti diadakan di sini selama dua hari dan berakhir petang semalam.

Ribuan orang ramai hadir mengikuti ceramah tersebut biar pun pada awal malam hujan turun dengan lebatnya di Kota Bharu.

Hadir sama pada ceramah tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Presiden PAS berkata, pendekatan yang digunakan PAS berkawan dengan DAP mengikut kaedah tahaluf siasi.

"Sebab itulah sekarang pemimpin DAP mudah yakin kepada PAS kerana kaedah berpolitik yang diamalkan mementingkan soal dosa dan pahala," tegasnya.

"Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan," ujar Abdul Hadi.

"Contoh yang dapat dilihat di Kelantan apabila kerajaan PAS pada penggal lalu hanya memerintah dengan kelebihan satu kerusi sahaja, namun pemimpinnya istiqamah," kata presiden PAS.

Pada penggal lalu PAS mempunyai 23 Adun, manakala BN memenangi 22 kerusi di Kelantan. Biar pun kedudukan begitu genting namun Adun PAS menolak segala tawaran melompat parti.

Nizar dalam ceramahnya pula memberitahu ketika Adun Pakatan Rakyat masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada persidangan Dun baru-baru ini, Menteri Besar BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sudah selesai membentang bajetnya.

Katanya, Adun Pakatan Rakyat sengaja diperlambatkan memasuki Dewan dengan pemeriksaan ketat anggota polis di dua tempat berasingan.

Menurut beliau anggota polis yang bertugas di dua check point tersebut merampas kamera, komputer riba dan telefon bimbit yang dibawa Adun Pakatan Rakyat.

"Ketika kami sampai ke dalam dewan Speaker Dun BN, Datuk R Ganesan telah menangguhkan persidangan," katanya.

Oktober 31, 2009

Projek Sutratani Telaga Papan, Permaisuri Gagal

SETIU – Belum pun dua tahun berlalu, Program Skim Untuk Untuk Kesejahteraan Petani (Sutratani) di Kampung Telaga Papan, Setiu, di sini, menjadi kawasan terbiar, begitu sahaja!

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani4.jpgPada 18 November, 2007, Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan program tersebut yang menjadi satu program di gembar-gemburkan sebagai ’pemoden sektor pertanian’ dinegeri ini.

Abdullah dalam ucapannya telah menyindir dengan berkata, ’ Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemiskinan, sebaliknya mengajak umat berusaha bersungguh-sungguh dan jangan dibiarkan minda mereka diracuni.

Kononnya mengingatkan rakyat supaya menghapuskan racun minda yang boleh membantutkan setiap usaha baik yang dilakukan.  
Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh berbangga sambil berkata teknologi dari Belanda menjadi pilihan Kerajaan Negeri untuk memodenkan bidang pertanian.
Kata Idris lagi, Sutratani adalah usaha kerajaan membasmi kemiskinan menggunakan teknologi tinggi terutama dalam bidang pertanian menjadi fokus utama dan berterusan.

Walaupun banyak syarikat memohon bagi menjalankan pertanian berskala besar di Terengganu, tetapi tidak dapat membantu golongan tersebut, maka permohonan tersebut tidak menjadi fokus kerajaan

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani1.jpgOleh sebab itu, Kerajaan Negeri mahu pastikan program yang dilaksanakan ini mestilah memberi manfaat kepada rakyat tempatan, kata Dato Seri Idris ketika melawat ke tapak Sutratani.

Perasmian tersebut telah diadakan secara besar-besaran, orang-orang kampung diangkut dengan bas, diberi jamu makan dan menjadi acara kempen Idris menjelang pilihanraya umum ke 12 lalu.

Tinjauan Buletinonline yang dibuat ke tapak Sutratani Ahad lalu 25 Oktober, hanya lalang dan rumput yang tumbuh didalam dan diluar ’rumah plastik’ yang menelan belanja keseluruhannya sebanyak RM4,000,000.00.

Menurut seorang penduduk tempatan yang ditemui, Sutratani telah tidak diusahakan sejak awal tahun ini.

Perkara tersebut turut disahkan oleh para petugas stesyen pertanian Telaga Papan yang terletak bersebelahan dengan Sutratani.
Sutratani diusahakan oleh syarikat anak kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC).

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani5.jpgTADC pula menubuhkan syarikat TRG Sutratani Sdn. Bhd. (TRG Sutratani) yng kemudiannya beroperasi secara usaha sama dengan JPB Asia Passific Sdn. Bhd. (JPB) di mana pegangan saham Syarikat adalah 51% manakala baki 49% dipegang oleh JPB.

Menurut Laporan ketua Audit Negara, penyata kewangan Sutratani yang berakhir 31 Disember 2007, menunjukkan ia kerugian sebanyak RM186,592 bagi tahun semasa.

Pada tahun 2007, Sutratani telah meminjam sejumlah RM0.21 juta kepada TRG Sutratani untuk belanja mengurus dan bayaran elaun peserta projek.


Namun sekiranya ditanya kepada Exco Pertanian negeri yang juga ADUN Telemong Rozi Mamat, pasti dia menjawab, ia bukannya ’gagal’ tetapi belum berjaya, sebagaimana jawapan yang diberikannya setiap kali soalan mengenai pertanian di kemukakan dalam Dewan Undangan Negeri.
Beberapa projek mega pertanian yang diusahakan kerajaan negeri seperti projek Fertigasi Mega yang menelan kos RM16 juta serta projek ternakan ikan berimpak tinggi  Zon Industri Akualkultur di Kenyir yang menalan belanja RM50 juta, turut dilaporkan menghadapi masalah.

Oktober 28, 2009

Penulis Umno dalang artikel serang PAS - Peringatan serangan berita dari cyber trooper (penulis upahan Umno)


Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.

"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata ketua penerangan PAS.

Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin kanan Umno pula "bersilih ganti menangguk di air keruh" dengan memberikan ulasan PAS sedang mengalami perpecahan.

"PAS mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, Facebook dan juga media massa lainnya," kata Idris lagi.

"Kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-(kumpulan) Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok."

Mengulas isu tersebut yang meluas diperkatakan di Internet, Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz pula berkata sesetengah ahli PAS kini "berani berbohong dan memfitnah" melalui blog.

"Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.

"Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar," tulis anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dalam blog peribadinya hari ini.

"Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia."

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata tiada sebarang pertemuan sulit pernah dilaporkan dan belum ada bukti wujudnya dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pemimpin.

Beliau juga menegaskan tindakan disiplin akan diambil terhadap pemimpin yang mengadakan rundingan sulit dengan Umno walaupun dakwaan itu melibatkan mursyidul am, presiden dan pemimpin-pemimpin kanan parti.

"PAS yakin kerja-kerja fitnah cyber trooper Umno dan mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno tidak akan mati dengan sendirinya jika sebarang laporan disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak lembaga (disiplin)," katanya lagi.

Idris turut menyeru ahli-ahli PAS agar tidak membuat ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin berbincang bagi mencari punca masalah ini.

Jawatankuasa pusat PAS bersama barisan pesuruhjaya negeri akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan isu tersebut 8.30 malam esok di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Oktober 22, 2009

KENYATAAN IKPNT TERHADAP TULISAN PROFESOR DR AZIZ BARI


Ditulis oleh Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT )   
WEDNESDAY, 21 OCTOBER 2009 12:16


Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT ) tertarik untuk memberi respon terhadap satu penulisan  Profesor Dr Abdul Aziz Bari,  Pensyarah Undang-Undang UIAM, Gombak di dalam ruangan Perspektif Sinar Harian Isnin 19 Oktober 2009 di bawah tajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang: Pas kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan”
IKPNT mendapati bahawa penulisan tersebut tidak seimbang dan hujah-hujah yang digunakan tidak bertepatan, memandangkan beliau pada asalnya menyebut “sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting dari sudut  perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya”. Sepatutnya beliau banyak membicarakan kepincangan dalam PRK tersebut  dari sudut undang-undang yang penuh dengan keganasan dan penipuan yang dilindungi oleh undang-undang. Pandangan terhadap keraguan proses undi pos, salahguna jentera kerajaan, ketelusan SPR dan rasuah patut diberikan pandangan dan penjelasan oleh beliau sebagai seorang ahli undang-undang.
Tetapi, sebaliknya, beliau telah membicarakan perubahan kepimpinan yang mesti dilakukan oleh PAS secara drastik. Apakah kepimpinan PAS patut bertukar secara drastik selepas kekalahan di Bagan Pinang? Sedangkan Pas berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK Bukit Gantang, Manik Urai, Pengkalan Pasir dan merampas kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu. Dalam semua PRK tersebut, kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang sama dengan PRK N.31 Bagan Pinang. Umum juga mengetahui penyertaan Pas di Bagan Pinang disedari sukar untuk dimenangi atau sebagai “underdog” sebagaimana dikatakan oleh Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang, YB Salahudin Ayub.
Prof. Dr Aziz Bari telah berhujah secara tidak professional. Perlu difahami bahawa kepimpinan PAS adalah sebuah kepimpinan berjemaah, dan bukan hanya kepimpinan individuseperti yang disebut oleh beliau. Kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulamak yang memikul tanggungjawab daripada amanah Allah S.W.T dan RasulNya, Muhammad S.A.W.
Pemimpin-pemimpin PAS bertindak berdasarkan keputusan-keputusan yang diambil di pelbagai peringkat selaras dengan prinsip Syura yang dipakainya. Prof. Dr Aziz Bari hanya melihat PAS sebuah parti politik. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua polisi dan kegiatannya di bawah dasar kepimpinannya secara berjemaah.
IKPNT mengharapkan Prof. Dr Aziz Bari meneliti dengan tepat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kritikan beliau. Janganlah hanya menjeling kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan mengatakan bahawa ini betul dan ini tidak betul sedangkan beliau sendiri tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak yang berautoriti dalam PAS. Inilah yang sepatutnya beliau lakukan sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang.
Kenapa beliau telah membuat satu persepsi yang tidak adil terhadap kepimpinan PAS dengan membahagikan kepada dua blok: pro-UMNO dan tidak pro-UMNO? Isu ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana telah diberikan penjelasan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin PAS. Adalah lebih bijaksana sekiranya komentar yang dibuat berlandaskan etika profesionalisme serta kefahaman yang benar terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
Pemimpin-pemimpin PAS daripada dulu sehingga sekarang telah berjaya membuat perubahan politik dalam Negara, bahkan telah terbukti di kalangan pemimpin-pemimpin utamanya memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan Islam dan membela umat sejagat. Kenapa Prof. Dr Aziz Bari membuat penghakiman yang begitu mudah terhadap kepimpinan PAS?
IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh melemahkan Islam.


Selasa, 20 Oktober 2009.
Kuala Terengganu.

Oktober 20, 2009

Ucapan Perwakilan Pas Kawasan Setiu Sempena Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu 2009-Cabaran Merealisasikan Tema Berubah Untuk Kemenangan Islam


Apabila membincangkan persoalan cabaran yang ada di hadapan kita untuk merealisasikan tema Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu ini;

Cabaran Pertama, suka saya merujuk kembali kepada laporan Jawatankuasa Postmortem Pilihanraya Umum 12 PAS Terengganu yang menyatakan, isu utama yang ada di hadapan kita ialah, sebahagian besar pengundi Terengganu masih berada di bawah cengkaman (grip) UMNO-BN. Mungkin cengkaman ini kerana wang atau projek pembangunan. Mungkin juga cengkaman dalam bentuk ancaman dan ugutan. Mungkin cengkaman kerana rakyat diselewengkan dari maklumat dan fakta yang sebenar dengan bantuan media arus perdana serta mungkin juga dengan bantuan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Cabaran yang perlu kita hadapi, bagaimana untuk kita merancang, bekerja dan bertindak bagi membebaskan rakyat dari cengkaman ini sehingga mesej perjuangan Islam yang kita dokong boleh sampai dan dinilai dengan adil oleh rakyat.

Sebagai perbandingan, As Syahid Syed Qutb ketika membahaskan konsep"Tidak ada paksaan dalam beragama" di dalam kitab 'Ma'alimu Fi Tariq' menyatakan, sebelum kita mengistiharkan kepada manusia, tidak ada paksaan bagi kamu dalam beragama, wajib kita memastikan manusia tersebut telah dibebaskan dari sebarang bentuk penjajahan, tekanan, penindasan, cengkaman dan kezaliman yang menghalang mereka dari mendengar dan menerima dakwah Islam. Setelah mereka dibebaskan dan diberikan kesempatan untuk menerima dakwah, memahami dan menilai ketinggian serta keadilan syariah Islam, barulah boleh dinyatakan kepada mereka, tidak ada paksaan bagi kamu untuk memeluk Islam. Tetapi sekiranya segala cengkaman, halangan, tekanan, kezaliman dan penindasan yang menghalang dakwah itu masih wujud, wajib bagi ummat Islam untuk bangun dan membersihkan segala halangan ini walaupun terpaksa mengangkat senjata. Dalam kontek Terengganu, saya sama sekali tidak bermaksud kita perlu mengangkat senjata untuk membebaskan pengundi Terengganu dari cengkaman UMNO.

Cabaran ke 2.
Kita perlu menampilkan imej kepimpinan yang mampu meyakinkan rakyat, bahawa kita adalah alternatif terbaik untuk mengantikan UMNO yang semakin menunjukkan tanda-tanda sakit tua yang menghampiri wafat. Apabila UMNO sakit, apabila UMNO mati, UMNO akan meninggalkan suatu ruang kosong (vacuum) dalam persada politik tanahair. Apabila wujud ruang kosong ini, maka apakah kita secara automatik akan mengisinya. Saya berpendapat tidak ada istilah 'automatic replacement' dalam politik. Rakyat tidak akan secara automatik memilih kita sekiranya kita tidak berjaya meyakinkan mereka bahawa kita mampu melakukan yang lebih baik dari arwah yang telah pergi.

Oktober 18, 2009

BERUBAH UNTUK KEMENANGAN ISLAM-Teks Ucap Utama Presiden sempena Ijtima' Kepimpinan Pas Terengganu 17/10/2009

BERUBAH UNTUK KEMENANGAN ISLAM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله وحده  صدق وعده  ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو علي كل شيء قدير. اللهم صلى وسلم وبارك علي حبيب الله وحبيبنا وشفيعنا وزخرنا ومولنا محمد وعلي آله وأصحابه وأنصاره إلي يوم الدين,  أما بعد
1. MUQADDIMAH
Para peserta ijtima’ sekelian,
Hari ini kita masih berada di penghujung bulan Syawal. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin, minal ‘aidina wal- faaizin, kullu ‘aamin wa antum bikhair. Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin, Iraq, Afghanistan, Filipina, Selatan Thailand dan juga saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian di Padang, Sumatera Barat dan lain-lain.
Hari Raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan bagi mereka yang berjihad. Walaupun ribut dan badai melanda bahtera perjuangan, mereka tetap dengan janji dan tidak sekali-kali menukarkannya kepada yang lain. Hal ini telah dikisahkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:
ولما رأى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله وما زادهم إلا إيمانا وتسليما
(Maksudnya): Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab, mereka menyatakan inilah janji Allah dan Rasul-Nya, benarlah janji Allah dan Rasul-Nya. Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah.

Dalam suasana berhari raya ini juga, kita menyertai Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, di Negeri Sembilan; suatu pilihan raya kecil yang amat buruk, kotor dan jelek dalam sejarah tanah air. Walaupun Barisan Nasional (BN) berbangga dengan kemenangan besar mereka, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa sistem demokrasi di dalam negara ini penuh dengan ugutan, permusuhan, rasuah, kebiadaban dan penipuan oleh Umno/BN.

Namun, kita tetap bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang termahal, nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang yang dikasihi-Nya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan bertambah-tambah syukur kita, apabila dipilih oleh Allah menjadi pekerja dan pejuang Islam berhimpun pada hari ini membincangkan tajuk, “Berubah Untuk Kemenangan Islam”.


2. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
2.1. Islam agama fitrah
Islam, agama seluruh para anbiya’ dan mursalin alaihimussalaatu wassalam semenjak Nabi Adam sehingga Nabi kita Muhammad SAW adalah ajaran yang sempurna. Ia bukan ciptaan manusia dan juga bukan ciptaan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang diistilahkan oleh orientalis Barat sebagai Muhammadanisme (agama Muhammad) tetapi ianya adalah daripada Allah Yang Maha Esa dan Maha Agung. Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika dunia berada dalam kesesatan jahiliyyah (kerosakan aqidah, akhlaq, ekonomi dan politik). Penduduk Mekah yang mempunyai Baitullah (Ka’abah), telah mensia-siakan ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim AS. Rom, tempat berkembangnya ajaran Kristian, telah menjadi kuasa politik yang memperalatkan Kristian untuk kepentingan segelintir manusia. Parsi, negeri yang maju dari segi aspek kebendaan tetapi penduduknya menyembah api di samping berpegang dengan falsafah Zoroaster. China, penduduknya beragama Buddha, Lotze dan Confutze yang mengabdikan diri sesama makhluk. India, negeri yang dibanjiri oleh dewa-dewi yang disembah oleh penganut Hindu. Tidak kurang juga apa yang dilakukan oleh penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh yang syirik dan terkapai-kapai dalam kegelapan.
Islam di bawah pimpinan Muhammad SAW, Nabi terakhir memimpin manusia secara fitrah. Lihatlah bagaimana hebatnya wahyu pertama yang diturunkan dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1–5:
(Maksudnya): Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Islam mengajak manusia mengenal penciptanya, agar mereka mengenal tujuan hidup dan tempat mereka akan kembali di penghujung hayat mereka.

2.2. Islam merubah wajah dunia
Sirah menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar berlegar di dalam masjid sahaja. Ianya disampaikan di segenap penjuru dunia. Setelah berjaya melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam di al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah mengembangkan Islam dengan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin yang berada di sekeliling Madinah selepas mengadakan perjanjian Hudaibiyyah. Surat-surat dihantar kepada Najasyi (Raja) Habsyah, al-Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Heraqla (Hercules) Raja Rom, pemimpin Bahrain Al-Munzir bin Sawi, pemerintah Yamamah Hauzah bin ‘Ali, pemerintah Damsyik al-Harith bin Abi Syamar dan juga Raja Oman. Kepada Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah, Rasulullah SAW menulis surat dengan susunan ayat-ayat berikut:-
 بسم الله الرحمن الرحيم.
من محمد رسول الله إلي هوذة بن علي سلام علي من أتبع الهدى, وأعلم أن ديني سيظهر إلي منتهى الخف والحافر, فاسلم تسلم, واجعل لك ما تحت يدك
(Maksudnya): Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Daripada Muhammad Rasulullah SAW kepada Hauzah bin Ali. Selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya agamaku akan mencapai kemenangan sehingga ke penghabisan sampainya kuku unta dan kuda. Maka dengan Islamlah nescaya kamu selamat, dan aku jadikan (pertanggungjawabkan) untukmu apa yang telah ada di bawah tangan (kekuasaan) mu.

2.3. Sistem ciptaan manusia pasti tumbang
Sistem-sistem seperti kapitalis, sosialis dan komunis tidak mempunyai piawaian yang mutlak, tetapi bersifat pragmatik mengikut kehendak masyarakat tanpa mengira benar atau salahnya. Sistem-sistem ini sedang mengalami keruntuhan yang menakutkan kuasa-kuasa besar dunia. Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan penutupan bank dan perusahaan secara besar-besaran.
Abad ke-21 menyaksikan bagaimana kekuatan peradaban manusia dicabar oleh zaman.  Kemusnahan blok komunis dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya menjadi bukti bahawa ideologi yang tidak bertunjang kepada Islam akan berakhir dengan kegagalan.  Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif.  Kehebatan Amerika dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan.
Dalam keadaan meraba-raba ini, kita mesti memberi keyakinan kepada dunia  bahawa ubat yang paling mujarab untuk membaiki penyakit jahiliyyah abad 21 ini hanya kembali kepada Islam. Firman Allah:
الله ولي الذين آمنوا يخرجهم من الظلمات إلى النور والذين كفروا أولياؤهم الطاغوت يخرجونهم من النور إلى الظلمات أولئك أصحاب النار هم فيها خالدون
(Maksudnya): Allah menjadi wali kepada orang-orang beriman dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran, syak serta ragu-ragu kepada cahaya kebenaran yang jelas dan menerangkan dengan mudah dan senang. Sedangkan orang-orang kafir yang menjadi wali atau pelindung mereka adalah syaitan yang menghiasi mereka dengan kejahilan dan kesesatan. Mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari jalan kebenaran kepada kekufuran dan pendustaan. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya.

3. MENILAI PERMASALAHAN
Perkara pertama yang mesti dilakukan dalam melaksanakan agenda perubahan ialah memahami permasalah-an. Terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang menyebab-kan adanya masalah dan halangan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perubahan. Justeru faktor-faktor ini patut dianalisis agar kita dapat merumuskan cara-cara penyelesaian yang terbaik dalam usaha melakukan perubahan untuk kemenangan Islam.

3.1. Permasalahan yang disebabkan oleh faktor luaran
Amerika dan Yahudi bersama dengan North Atlantic Trity Organization (NATO) terus menerus menunjukkan permusuhan-nya ke atas umat Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Mereka berusaha menyemai perasaan benci masyarakat dunia kepada Islam dengan harapan Islam yang semakin berkembang dengan pesat termasuklah dalam negara mereka sendiri dapat disekat dan dihancurkan.
Dasar negara kita yang sekular dengan mengasingkan antara agama dengan kehidupan dunia terutamanya mengenai penyiaran dan hiburan merupakan punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang makin membarah pada hari ini. Umno pula sebagai parti yang menganut faham liberal tidak berhenti daripada melebarkan kejahilan dan salah faham terhadap Islam dalam masyarakat. Terakhir kita menyaksikan bagaimana kes Kartika Sari Dewi Shukarno di Pahang dimanipulasikan dengan tujuan melemahkan kefahaman masyarakat tentang undang-undang Islam.
Demokrasi yang dilaksanakan kini penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Ciri-ciri demokrasi yang sebenar sudah hilang. Sebagai contoh, maklumat melalui media yang berat sebelah, jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya untuk mempertahankan parti yang memerintah, perhimpunan aman yang sepatutnya dijamin dalam perlembagaan disekat dengan memperalatkan pasukan keselamatan. Bahkan boleh kita katakan, aspek pelaksanaan demokrasi oleh negara-negara bukan Islam yang memusuhi Islam lebih baik berbanding dengan negara kita yang diperintah oleh orang Islam sendiri. 
 3.2. Permasalahan yang disebabkan oleh faktor dalaman
Kita telah menyaksikan perjalanan abad-abad silam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Semakin jauh kehidupan dengan Baginda semakin tercabarlah pula kehidupan umatnya. 14 abad telah berlalu. Gerakan dan parti Islam seperti PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan, melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa. Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya:
Pertama : Adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi? 
Kedua: Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah?
Ketiga: Adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak  lawannya? 
Persoalan-persoalan di atas memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya. Insya’ Allah, tuan/puan tidak berasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk menggarap persoalan-persoalan di atas dan mengatasi kekurangannya, seterusnya berhadapan dengan mereka yang menentang dan berniat jahat terhadap kita.

4. MENITI PERUBAHAN
4.1. Memahami fikrah perubahan
Islam sebagai ad-din yang sempurna menawarkan kepada seluruh manusia jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat melalui suatu proses perubahan hidup dari jahiliyyah kepada Islam. Proses ini bermula dengan keyakinan seseorang bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah SWT untuk menjadi hamba-Nya dan khalifah-Nya. Iaitu suatu proses perubahan yang menggarap dan menjawab persoalan besar manusia yang berakal; dari mana datangnya, kenapa berada di persada dunia ini dan ke mana akhirnya.
Sebagai agama yang syumul, Islam merupakan suatu sistem yang lengkap merangkumi hubungan hamba dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Ia dianuti dan dihayati sebagai sebuah cara hidup yang merangkumi pelbagai bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, pemikiran (falsafah), dan kesenian yang berpaksikan kepada aqidah tauhid. Adalah suatu tugas yang besar untuk menjayakan perubahan menyeluruh seperti ini. Namun, Rasulullah SAW telah diutuskan sebagai pelengkap dan penyudah kepada sekalian para Nabi dan Rasul dengan membawa bimbingan Ilahi, dengan wahyu al-Quran dan pimpinannya yang dipimpin terus oleh Allah SWT telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyyah Mekah dan Madinah serta sekitarnya meninggalkan sistem-sistem yang gasar seterus-nya menggantikannya dengan sistem Islam.
Hari ini kita bercakap untuk berubah bagi kemenangan Islam. Kerana Islam mesti memimpin. Allah SWT telah memberikan panduannya yang nyata melalui ayat 11 surah al-Ra’d:


(Maksudnya): Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri.
Kebanyakkan ulama’ yang mentafsirkan ayat ini menyata-kan bahawa Allah SWT tidak akan mendatangkan azab dan bala’ bencana melainkan manusia itu sendiri yang berubah daripada keimanan dan ketaatan kepada kekufuran dan kemaksiatan.
Al-Ka’bi Rahimahullah berkata: Sesungguhnya kesemua ayat menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memulakan sesuatu azab dan bala’ bencana. Beliau mengemukakan beberapa ayat. Di antaranya ialah ayat di atas.
Qatadah ibnu Dua’mah, seorang tabi’in besar, salah seorang anak murid kepada Abdullah Ibnu Abbas berkata selepas membaca ayat tersebut: Sesungguhnya datangnya perubahan daripada manusia dan permudahan daripada Allah, maka janganlah kamu mengubah nikmat-nikmat Allah pada kamu.
Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.
4.1.1 PAS mesti menjadi sebuah parti politik dan gerakan Islam yang disegani
Perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita.  Keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.
Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Umno kini semakin hampir kepada zaman kejatuhannya sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya contohnya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia. Golongan yang jatuh ini akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan menunggu (government in waiting).
4.1.2 Jaminan hidup aman untuk generasi akan datang
Keruntuhan moral dan akhlak pada hari ini telah membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah dia kesan buruk yang diakibatkan oleh sistem pemerintahan yang tidak mengambil kira pelaksanaan syariat serta persoalan dosa dan pahala. Sekiranya perubahan yang kita inginkan itu berlaku iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah, sudah pasti kehidupan yang aman dan sejahtera akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.
4.2. Menguruskan perubahan
Dengan menyedari hakikat kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa menyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan suatu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam.
4.2.1      Setiap ahli mesti menggabungkan diri dan berintima’ dalam saf perjuangan. Dengan intima’ ini kita menjadi orang-orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembang-an yang berlaku seperti fiman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggung-jawab fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
4.2.2      Keperluan PAS menguruskan agenda tarbiyah dengan lebih mantap dan kesedaran sebenar ahli kepada kepentingan tarbiyah harakiyyah dalam keimanan, keilmuan, kemasyarakatan dan kecergasan.
4.2.3      Peranan organisasi PAS daripada atas hingga ke bawah dan peranan Dewan-Dewan (Ulama’, Pemuda dan Muslimat) serta sayap-sayap organisasi parti  yang terdiri dari lajnah-lajnah semua peringkat hendaklah digaris pandukan pencapaiannya oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Latihan-latihan kepada petugas dilakukan secara terus menerus sementara kepentingan perkaderan pelapis diberikan perhatian. PAS juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang, agar mereka dapat membantu parti secara terus menerus atau apabila diperlukan.
4.2.4      Keperluan berdakwah ke seluruh negara dalam konteks-nya yang munasabah bagi PAS. Orang Melayu sendiri perlu disedarkan dan dibimbing dengan ajaran Islam yang syumul. Mereka adalah mad’u yang terdekat dengan PAS.
4.2.5      Meningkatkan pengorbanan ahli dalam semua sudut (intelektual, harta, masa dan tenaga).
4.2.6      Membina pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej seterusnya mengembalikan mood rakyat untuk menyokong PAS melalui program-program kemasyarakatan.
4.2.7      Memperluaskan penggunaan media baru.
4.2.8      Merancang penguasaan gerakan PAS dalam masyarakat dan memikirkan cara-cara yang baik bagi memungkinkan PAS memimpin masyarakat.
4.2.9      Menguruskan badan-badan dan institusi-institusi parti seperti Nisa’, Waja dan PASTI.
4.2.10  Muda-mudi adalah harapan jamaah dalam melahirkan Generasi Rabbani. Mereka hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang dan dibimbing dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sesungguhnya kerajaan Umno/BN tidak mampu lagi untuk memimpin mereka dan menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk mereka. Dasar-dasar penyiaran, kebudayaan dan sukan; filem-filem yang ditayangkan, majalah-majalah dan lebih-lebih lagi pusat-pusat hiburan menjadi alat perniagaan yang penyakitnya membarah ke dalam masyarakat. Jenayah arak, dadah, persundalan, pergaulan bebas tanpa batasan agama dan budaya hidup berpeleseran adalah wajah muda-mudi hari ini. PAS mesti bertindak segera merubah suasana menyelamatkan generasi muda agar menjadi pewaris ummah dan tanah air pada masa hadapan.
4.2.11  Kewujudan kepimpinan pemuda PAS di peringkat negeri hingga cawangan adalah bagi menjamin kesinambungan perjuangan ini dan mengembangkan pengaruh PAS kepada orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang budaya. Kepimpinan pemuda mestilah berusaha melahirkan pemuda berilmu, beriman, berketerampilan dan kuat semangat. Meramaikan naqib muda bagi mengendalikan usrah remaja terutama dari kalangan anak-anak ahli PAS perlulah diagendakan supaya kewujudan keluarga muslim terbina dengan terancang. Aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang menjadi jambatan penghubung dengan warga muda perlu diurus dengan bijaksana tanpa melangkau batasan syariah.

4.3. Natijah Perubahan
Alhamdulillah, hasil daripada polisi Memasyarakatkan PAS, Membangun Bersama Islam dan PAS Untuk Semua, kita telah berjaya memerintah pada tahun 1999 – 2004 dan seterusnya mengembangkan pengaruh PAS dalam pilihan raya 2004 dan 2008.
Mari kita mengimbas sejenak hasil daripada perubahan yang berlaku untuk kita menilai kepentingan perjuangan kita bagi memenangkan Islam dan menjadikannya berkuasa ke atas negeri Terengganu Darul Iman.
4.3.1 Hasil daripada pemerintahan PAS / BA. Di antaranya ialah:
a) Perubahan ke arah  Pelaksanaan Syariat  lslam
Kerajaan PAS/BA telah membuat perubahan ke arah pelaksanaan Syariat Islam kerana PAS yakin asas penting pegangan sesebuah pemerintahan ialah melaksanakan syariat Allah.  Bagi merealisasikan hasrat tersebut  Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda dan tujuh enakmen  telah diluluskan. Pindaan perlembagaan negeri dibuat dengan meletakkan AI-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber undang-undang dan rujukan tertinggi. Sementara enakmen yang diluluskan ialah Enakmen Hisbah, Enakmen Pentadbiran Hal-Ehwal Agama lslam (Terengganu) 1422H/ 2001M, Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan Enakman Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/ 2003M. 
b) Perubahan dan Pembangunan dalam Pentadbiran Kerajaan
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa bersama duduk semeja dengan Menteri Besar dan Exco kerajaan bagi merangka dasar dan polisi kerajaan. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Begitu juga dengan dasar kewangan, amalan riba telah ditinggalkan. Pegawai dan kakitangan kerajaan diajak bersama-sama menjalankan tugas sebagai suatu ibadat untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
c) Pembangunan ekonomi, kebajikan dan pembahagian kekayaan adalah untuk rakyat
Dasar-dasar pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pembangunan belia dan lain-lain telah dirangka. Walaupun tanpa royalti, projek-projek pembangunan berasaskan kepada sumber-sumber tempatan seperti sumber perkayuan, sumber mineral, pembangunan tanah untuk pertanian bahkan pembangunan rumah mampu milik dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan PAS juga melaksanakan kebajikan kepada rakyat dengan menganugerahkan tanah, menambah bantuan kebajikan, menambah bantuan imam bilal, cukai rumah kediaman dan tol juga telah dihapuskan dan lain-lain. 
d) Pembangunan pendidikan dan dakwah Islamiyyah
Kita telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan dan program pendidikan yang komprehensif daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Kita berbangga dengan program Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sehingga kepada kerjasama KUSZA dengan universiti luar. Begitu juga dengan program tarbiyah, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar serta Hisbah.
4.3.2 Sebaliknya, natijah daripada kemenangan Umno/BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004) telah mendatangkan banyak kerosakan kepada negeri dan rakyat. Kenyataan ini boleh dilihat contohnya daripada aspek-aspek berikut:-
a) Pentadbiran negeri menjadi terumbang-ambing apabila kakitangan kerajaan diintip dengan CCTV dan ditekan dengan pelbagai peraturan. Di peringkat kampung, amalan pilih kasih dan mengutamakan suku-sakat menjadi amalan biasa JKKK.
b) Keadaan akhlak generasi muda dan pelajar amat membimbangkan. Ramai pelajar yang terlibat dengan penagihan dadah (pil kuda) dan salah laku seks serta gejala sosial. Kejadian jenayah meningkat dan keruntuhan budi pekerti remaja, pemuda dan pemudi menjadi-jadi. Kegiatan ’menogok’ arak dan judi, telah mula menjadi ’nadi’ kehidupan kota Kuala Terengganu dan bandar-bandar lain
c) Pengurusan ekonomi dan pembangunan negeri dimonopoli oleh kroni. Pengangguran meningkat, kemiskinan rakyat Terengganu kembali  ke tangga utama, rakyat marhaen yang dibela, dianugerah tanah oleh kerajaan PAS, dirampas dan dihina.
d) Terengganu kehilangan pusat pendidikan agama dengan penutupan KUSZA. Anak-anak pintar dari jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran disekat bantuan dan biasiswa. Sedangkan anak-anak Exco mendapat bantuan biasiswa percuma.
Dengan menyedari hakikat, betapa kuasa pemerintahan memainkan peranan untuk menegakkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar, maka usaha menguruskan perubahan dengan serius dan sistematik mestilah diambil sebagai kewajipan yang sebenar-benarnya di semua peringkat. Insya’ Allah, setiap kita yang hadir di dalam perhimpunan ini mampu menjawab bagaimana melaksanakannya.
Marilah kita bercita-cita melakukan perubahan untuk kemenangan Islam agar suasana seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kembali ke Negeri Terengganu Darul Iman:
والله ليتمن الله هذا الامر حتى يسير الراكب من صنعاء الى حضرموت لايخاف الا الله والذئب على غنمه
(Maksudnya): Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang yang berjalan dari Sana’ ke Hadharal Maut, tidak merasa takut melainkan kepada Allah dan hanya bimbang kepada serigala yang akan menangkap kambingnya.
5. PENUTUP
Adalah menjadi tanggungjawab kita di semua peringkat meletakan diri kita berdasarkan kelebihan dan kepakaran masing-masing yang dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama merapatkan saf perjuangan serta menjana kekuatan parti dan menempatkannya di persada dunia; bersaing dalam arena politik bagi menguasai Malaysia negara tercinta. Sesungguhnya kita semua adalah mujahidin ummah. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni ini. Kenapa tidak?... Allah telah menjamin bahawa kemenangan  ini bersama-sama kita seperti yang termaktub di dalam firman-Nya:
وكان حقا علينا نصر المؤمنين
(Maksudnya): Adalah menjadi hak Kami membantu orang-orang yang beriman.
Justeru itu, berusahalah melaksanakan segala perintah-Nya pada setiap masa, berjuang untuk melaksanakan perintah-Nya yang belum dilaksanakan lagi dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dia memerintahkan kita untuk mencari jalan bagi mencapai kemenangan Islam. Kita memilih perjuangan secara damai (pilihan raya) sebagai wasilah untuk mendapatkan kekuasaan bagi melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Kita memohon kepada-Nya agar terus istiqamah berjuang menegakkan agama ini, walau apapun mehnah dan fitnah kerana jaminannya:
إن تنصر الله ينصركم ويثبت أقدامكم
(Maksudnya): Sekiranya engkau menolong Agama Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu.
Insya’ Allah, kita akan terus memacu ke hadapan dengan penuh izzah dan taqwa kepada Allah SWT dan mendapat keredhaan Allah serta syurga-Nya. Sama ada kita mencapai kemenangan, atau kita syahid di jalan-Nya.
Akhirnya dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya rasmikan Ijtima Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-13 dan saya doakan ijtima’ ini mendapat keberkatan sepanjang perjalanannya سيروا علي بركة الله
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Oktober 17, 2009

Hassan Shukri Pejuang Sejati Pas-Sejarah

KUALA LUMPUR, 16 Okt:Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.
Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.
Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari . Sehari kadang-kadang sampai dua kali!

ImageKini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.
Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.
Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Oktober 13, 2009

Aturcara Majlis Sempena Ijtimak Pas Negeri Terengganuu


Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke ceramah perdana sempena ijtimak Pas Negeri Terengganu.

Tema Ijtima' Pas Negeri Terengganu 2009:

"Berubah Untuk Kemenangan Islam"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

17 Oktober 2009 ( Hari Sabtu)



8.00 pagi : Pendaftaran peserta

9.30 pagi : Majlis Perasmian Ijtima'
  1. Pemeriksaan perbarisan
  2. Pertunjukkan seni silat
  3. Ucapan pengarah Ijtima'
  4. Ucapan PJ Pas Terengganu.
  5. Ucaptama dan Perasmian oleh YB. Presiden Pas
11.00 pagi : Rehat dan jamuan ringan

11.30 pagi : Perbahasan dimulakan.
  1. Wakil Dewan2 (Negeri)
  2. Wakil Pas Kawasan2
12.57 t/hari : Solat zohor

1.30 petang : Makan Tengah Hari

2.00 petang : Perbahasan disambung

4.14 petang : Solat Asar

4.45 petang : Penggulungan Pimpinan.

6.00 petang : Bersurai.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Oktober 06, 2009