Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

November 09, 2009

Sekarang Masa Untuk Bertindak- Sumber Malaysiakini


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menyifatkan seminar tersebut sebagai "positif" dan "boleh menyelesaikan masalah dalam PAS".

"Kemelut yang dihadapi boleh dianggap sebagai selesai, sebab kita sudah bincang, sudah berseminar, sudah luahkan perasaan dan isi hati, kita sudah berbahas, memberi komentar dan membuat resolusi.

"(Jika) pemimpin dan akar umbi PAS mahu berubah untuk menjadi lebih baik, lebih berprestasi, maka kesannya positif dan berjaya.


"Tapi, jika masih nak ungkit kisah lama, masih ada jurang pandangan, mahu sambung pertelingkahan, maka saya kira ia sukar diselesaikan,"

Diminta mengulas mengenai objektif seminar yang diperolehinya dalam usaha untuk memperkasakan kedudukan parti itu.

Katanya, tindakan segera harus diambil dalam usaha untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Diminta mengulas mengenai kertas kerja yang dibentang oleh Dr Abu Hassan itu, Nasrudin berkata, beliau "mendengar semua pandangan dan mengambil apa yang terbaik daripadanya".

"Ia satu percubaan baru dan berani dan menjadikan PAS berkomunikasi dengan orang yang di luar lingkungan PAS, dan berfikir di luar kotak PAS.

"Oleh kerana itu, kita tidak boleh memandang rendah atau mengenepi pandangan tersebut," katanya.

Nasrudin bekata, pemimpin parti perlu bijak dalam menilai pandangan yang diberikan dan seterusnya mengambil tindakan yang segera.

Menurutnya, pandangan Dr. Abu Hassan itu juga "paling kurang ia menjadi muhasabah kepada pemimpin dan ahli akar umbi untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan".

"PAS perlu melakukan introspektif dengan melihat jauh ke dalam apa yang perlu dihadapi oleh PAS. Masalah dalaman PAS dilihat secara jujur dan mendengar pandangan luar untuk bertindak selepas ini.

"Hasil daripada seminar itu, kita anggap ia satu motivasi untuk PAS bangkit bagi melaksanakan tindakan yang tergendala, memperbaiki kelemahan atau membetulkan kesilapan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan