Kompleks PAS Setiu

?

Oktober 12, 2008

Sejarah Awal Kawasan Setiu



Gambar: Peta Mukim Daerah Setiu.

Menurut rekod Arkib Negara menunjukkan sempadan Daerah Negeri Terengganu telah berubah beberapa kali sejak lebih 50 tahun yang lalu. Dalam tahun 1921 Negeri Terengganu telah dibahagikan kepada lapan (8) daerah iaitu Kemasik, Paka, Kerteh, Dungun, Marang, Kuala Berang, Setiu dan Besut.

Pada tahun 1923 Daerah Negeri ini berubah sekali lagi tetapi masih kekal dengan lapan (8) Daerah dimana Daerah Kemaman telah diwujudkan dan Daerah Setiu dihapuskan. Namun begitu dalam tahun 1935 Daerah Negeri ini dibahagikan semula dan dijadikan sepuluh (10) Daerah yang dikenali Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Merang, Setiu dan Besut.

Dalam tahun yang sama satu persidangan mengenai sempadan negeri telah dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Terengganu dan persidangan tersebut dikenali sebagai 'Christmas Conference' yang mana tujuanya untuk menyusun semula sempadan daerah. Hasil daripada persidangan tersebut keputusan telah dibuat seperti berikut:-

Daerah Kemaman dan Kemasik telah dicantumkan menjadi Daerah Kemaman.

Daerah Dungun dan Paka telah dicantumkan menjadi Daerah Dungun.

Daerah Merang, Batu Rakit dan Kuala Terengganu telah dicantumkan menjadi Daerah Kuala Terengganu.

Daerah Besut dan Setiu telah dicantumkan menjadi Daerah Besut.

Perubahan sempadan ini dibuat ialah kerana ketidakcekapan pentadbiran serta keluasan yang tidak ekonomik serta tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

Dalam tahun 1980 Kerajaan Negeri telah meminta Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) supaya membuat kajian kemungkinan kekesanan sempadan Daerah Negeri Terengganu. Hasil kajian tersebut Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Daerah Setiu pada 1hb. Januari, 1985 dimana sebahagian daripada mukim-mukim dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut dimasukkan ke Daerah Setiu.


PENGUJUDAN DAERAH SETIU

1 Januari 1985, adalah satu lagi tarikh bersejarah bagi penduduk negeri Terengganu, apabila sebuah lagi daerah baru yang dikenali sebagai Daerah Setiu ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Kewujudan Daerah Setiu ini telah meletakkan Negeri Terengganu kepada tujuh daerah iaitu Daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu. Daerah Setiu merangkumi 7 Mukim di bawah pentadbiran seorang Pegawai Daerah mempunyai keluasan 130,477.36 hektar dengan jumlah penduduknya seramai 33,000 orang mengikut banci 1980. Mukim-mukim yang terdapat di dalam Daerah Setiu ialah Chalok, Tasik, Hulu Setiu, Guntung dan Pantai dari Daerah Besut, Merang dan Hulu Nerus dari Daerah Kuala Terengganu.


ASAL-USUL SETIU

Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun-tahun 1770-an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka.

Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke X (1875 hingga 1881).

Apabila Tok Setiu mendarat ke Terengganu, beliau pun menemui baginda Sultan Ahmad untuk memohon menumpang tinggal di Terengganu, beliau menceritakan perihal kedatangannya dan segala pahit maung semasa dalam pelayaran.

Baginda Sultan Ahmad II telah bersetuju dan perkenankan permohonan Tok Setiu dan orang-orangnya. Lalu Baginda titahkan kepada Tok Setiu supaya mencari tempat yang sesuai untuk dibuat perkampungan. Setelah meninjau kawasan-kaeasan di Negeri Terengganu, beliau telah memilih sebuah tempat dan dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu.

Disinilah tempat Tok Setiu dan orang-orangnya berkampung dan menjalankan kerja-kerja harian mereka. Pada peringkat awal pendudukan Tok Setiu di Kampung Bukit Setiu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Dalam pada inilah Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut satu kawasan.

Oleh kerana tidak mendapat kata sepakat dan tolak ansur antara mereka berdua, lalu berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu hampir menerima kekalahan.

Memandangkan hal yang demikianlah Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam telah mengalami kekalahan. Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanya sebagai Ketua di Kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai.

Kekalahan Tok Itam telah menyebabkan anak buahnya menyimpan dendam dan mereka telah membuat batas sempadan dengan menanam suatu azimat. Tujuannya adalah untuk mencegah daripada kemasukan binatang-binatang daripada kampung lain. Ini jelas terbukti apabila seseorang yang hendak membawa masuk kerbau dan lembu dengan tujuan untuk membelanya ataupun kenduri kendara, binatang itu apabila melangkah saja ke garis sempadan tersebut terus mati. Peristiwa ini telah berlaku berulang-ulang kali.

Semasa pemerintahan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah. Pekerjaan penduduk-penduduk pada masa itu hinggalah sekarang ialah bertanam padi dan menoreh getah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua Kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduk-penduduknya yang belajar denganya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.. Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya yang terletak di bawah sepohon Berangan. Pokok Berangan telah ditebang manakala batu nisan tidak dapak dikesan. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan semak samun.

Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk-penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hinggalah sekarang menjadi satu Daerah.

Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupannya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkan oleh beliau. Hiburan seperti bersilat, Mak Yong, main gasing, berlaga kerbau turut diadakan di kampungnya.

Sejarah Penubuhan

Daerah Setiu ditubuhkan pada 1 hb. Januari 1985 hasil daripada cadangan dan perakuan Unit Pemodenanan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU). Sebelum ini kawasan ini termasuk dalam pentadbiran Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Besut.
 

MAKLUMAT DAERAH

Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985.

Daerah baru ini mempuyai keluasan 135,905.80 hektar. Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah Mukim iaitu;-

                           Mukim Hulu Nerus                     54,523.30 hektar
                           Mukim Calok                              20,589.60 hektar
                           Mukim Hulu Setiu                      23,292.90 hektar
                           Mukim Guntung                         16,348.50 hektar
                           Mukim Tasik                               5,827.10 hektar
                           Mukim Pantai                              8,499.40 hektar
                           Mukim Merang                            6,825.00 hektar



AJK BPPNT 2009

September 27, 2008

Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan Setiu 2009-20011

 
Bil
Nama
Jawatan
1
Ustaz Mohd Pauzi Muda
Yang Dipertua
2
YM Tengku Ahmad Tg Hussain
Timbalan YDP
3
Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir
Naib YDP
4
Sdr Aminudin bin Umat
Setiausaha
5
Tuan Haji Shamsuddin bin Abd. Wahab
Bendahari
6
Ustaz Hasbullah@Ali bin Mat
Ketua Urusan Ulama’
7
Sdr Mohamad Nazari bin Alias
Ketua DPPKS
8
Sdri. W. Ramlah binti W. Abd. Rahman
Ketua DMPKS
9
Sdr Dr Azman bin Ibrahim
Lujnah Penerangan
10
YM Tengku Ahmad Tg Hussain
Pengarah Pilihanraya
11
Sdr Mohd Rosdi bin Ibrahim
Lujnah Keselamatan
12
 Tuan Haji Hassan bin Karim
Lujnah Kebajikan
13
Sdr Wamli bin Abdullah
Lujnah JKS & NGO
14
Sdr. Fathi Aziz bin Abu Bakar
Lujnah Guaman
15
Sdr Azmi bin Maarof
Lujnah Pertanian
16
 Sdr Wan Hasan Basri bin Wan Omar
Ahli Jawatankuasa
17
Sdr Zakaria bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa
18
Tuan Haji Abd Aziz bin Seman
Ahli Jawatankuasa
19
Sdr Nordin bin Said
Ahli Jawatankuasa
20
Ustaz Abd Ghani Muda
Ahli Jawatankuasa
21
Sdr Hassan bin Hitam
Ahli Jawatankuasa
22
Haji Awang bin Talib
Ahli Jawatankuasa
23
 Haji Baharun bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa
24
Ustaz Haji Mohamad bin Yaakub
Ahli Jawatankuasa
25
Ustaz Muda bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa
26
 Ustaz Haji Muhamad Awang Teh
Ahli Jawatankuasa
27
Sdr Rosli bin Othman
Ahli Jawatankuasa
28
Sdr Ustaz Zul Bhari bin Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa
29
Sdr. Junuh bin Suhaimi
Ahli Jawatankuasa
30
Sdr. Abd. Rahman bin Mamat
Ahli Jawatankuasa
31
Sdri. Rohani binti Ramli
Ahli Jawatankuasa
32
Hjh. Fatimah binti Jusoh
Ahli Jawatankuasa
33
Sdr. Awang@Ngah bin Dagang
Ahli Jawatankuasa
34
Sdr. Sudin bin Awang
Ahli Jawatankuasa
35
Sdr. Azizol bin Salleh
Ahli Jawatankuasa
36
Sdr. Bukhari bin Mukhtar
Ahli Jawatankuasa
37
Sdr. Sauti bin Mat Yaman
Ahli Jawatankuasa
38
Sdr. Abu Bakar bin Ahmad
Ahli Jawatankuasa

September 26, 2008


Pimpinan Baru Sesi 2009 - 2011


AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN

PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN

SESI 2009 – 2011

1. PRESIDEN
: YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
2. TIMBALAN PRESIDEN
: YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
3. NAIB PRESIDEN : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
4. NAIB PRESIDEN : YB SALAHUDDIN AYUB
5. NAIB PRESIDEN : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
6. KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
7. KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
8. KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
9. SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
10. BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
11. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
12. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
13. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
14. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
15. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
16. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI
17. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
18. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
19. AHLI JAWATANKUASA KERJA : MOHAMED HANIPA MAIDIN
20. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
21. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
22. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
23. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR DZULKEFLY AHMAD
24. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
25. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
26. AHLI JAWATANKUASA KERJA : MAZLAN ALIMAN
27. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
28. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
29. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
30. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI MOHAMAD SABU
31. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HJ MOHD ANUAR TAHIR
32. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI ASMUNI AWI
33. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
34. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
35. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
36. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI AHMAD DOLLAH



PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI



1. PESURUHJAYA PAS KELANTAN
: YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
2. PESURUHJAYA PAS TERENGGANU
: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
3. PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
4. PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
5. PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
6. PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
7. PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
8. PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
9. PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
10. PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
11. PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
12. PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
13. PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH
14. PESURUHJAYA PAS SARAWAK

: USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

Syarat-syarat



Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah:

  • Warganegara Malaysia

  • Beragama Islam

  • ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’

  • Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa

  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.
Hak dan Kewajipan Ahli



  1. Hak-hak ahli ialah :

    • Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.

    • Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.

    • Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.

    • Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

    • Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

  2. Kewajipan-kewajipan ahli :

    • Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.

    • Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.

    • Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.

    • Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.

    • Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.

    • Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

  3. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.

  4. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.

  5. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.