Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Ogos 31, 2011

"MINI ESTATE PADI" Pesawah Menjadi Boroh Di Tanah Sendiri

KUALA TERENGGANU - Para pemilik tanah TOL dan 'umarah' padi di Kampung Jelapang, Setiu hanya akan menjadi pekerja kepada syarikat 'mini estate' apabila menyerahkan tanah mereka kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, ia adalah menjadi amalan biasa mana-mana 'mini estate' yang telah diusahakan sebelum ini.

"Dia (kerajaan) minta serah semua sekali kepada dia jadi 'mini estate' padi, segala peruntukan akan masuk kepada syarikat ini dan kita akan jadi pekerja, jadi buruh sahaja,



[Gambar - Haji Muhyiddin, berbaju kemeja pendek putih,  mendapat penjelasan dari seorang pesawah Zainal Abidin Yusof, ketika melawat kawasan sawah padi Kampung Jelapang]

"kalau kita nak kerja, kalau tidak dia akan bawa pekerja asing, buat kerja di sawah padi kita,"ujarnya ketika bertemu dengan pesawah padi di Kampung Jelapang, Rabu 24 Ogos.



Bahkan, lebih berat lagi, katanya, tanah yang telah diusahakan oleh para pesawah selama lebih 40 tahun itu tidak akan lagi menjadi hak pesawah.

 "Dan yang lebih berat lagi, tanah itu akan jadi hak dia (kerajaan), kerajaan akan beri kepada siapa yang dia nak beri,

"kalau kita usaha sendiri maka ada ikatan sikit (kerana kita usahakannya),"jelas Haji Muhyiddin

 Katanya, apabila tanah tersebut tidak diusahakan, 'umarah' pun tak ada, maka dia sudah tidak akan menjadi hak kepada para pesawah untuk menuntutnya.



Oleh itu beliau menggesa supaya para pesawah yang pernah memiliki Lesen Menumpang Sementara (TOL) dan nombor PT di pejabat tanah supaya tidak menyerahkan tanah-tanah mereka kepada PPK Setiu.

 Katanya, penyerahan tanah tersebut akan merugikan para pesawah.



Beliau yang juga, Pengerusi Lajnah Pertanian dan Industri Asas Tani PAS Terengganu berkata, Menteri Besar Terengganu memang tidak berhasrat untuk memberikan tanah kepada para petani atau pesawah.

"Menteri Besar telah keluarkan kenyataan dalam akhbar minggu lalu, beliau memang tidak akan memberikan tanah kepada para pesawah,

"kononnya, beliau kata, kalau beri tanah kepada petani, ia tidak akan diusahakan lagi,"kata Haji Muhyiddin.



Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional itu, menurutnya, berbeza dengan amalan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan PAS.

 Katanya, sekiranya kerajaan PAS diberi mandat, sebagaimana pemerintahan pada tahun 1999 hingga 2004, PAS akan memberikan hak milik kepada mereka yang telah mengusahakan mana-mana tanah dalam tempoh tertentu.

"Ia terbukti di Kampung Jelapang itu sendiri, kerajaan telah memproses tanah sawah tersebut dan memberikan Lesen TOL, sebagai persiapan untuk hak milik kekal,

"malangnya, apabila Umno merampas pentadbiran negeri pada 2004, mereka telah membatalkan lesen tersebut,"tambahnya

Sumber: BULETIN ONLINE
Ikuti Penerangan Melalui Video.


Ogos 27, 2011

"MINI ESTATE" Padi Kg. Jelapang, Ketua Kampung, JKKK, Tipu Pesawah

SETIU - Para pesawah padi yang juga 'pemilik TOL' dan 'umarah' tanah padi Kampung Jelapang disini kesal kerana Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berbohong dan melaksanakan tipu daya sehingga mereka menandatangani persetujuan menyertai cadangan 'mini estate' padi

Menurut seorang suri rumahtangga, Puan Nora bt Abdullah, 48, (Gambar kiri)  beliau telah ditunjukkan surat-surat serta dokumen berkaitan oleh Ketua Blok, Zainal Abidin Yusof @ Mamat, kira-kira tiga bulan lalu.

Beliau mendakwa, Mamat tidak membacakan kandungan surat dan dokumen berkenaan, walaupun beliau meminta Mamat membacakannya.

Bahkan, katanya, Mamat tidak bercakap benar dan berbohong berkenaan kandungan surat dan dokumen tersebut yang sebenarnya merupakan surat memohon untuk menyertai 'mini estate' dan surat menyerahkan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu, menerima bayaran subsidi

"Saya suruh dia (Mamat) baca surat tu, dia kata tak bacalah, kalau sign (tandatangan) nanti kita dapat subsidi, lepas tu saya pun sign,"katanya ketika ditemui, Rabu 24 ogos.

Katanya, Mamat juga mendakwa sekiranya surat dan dokumen itu ditandatangani, tanah tanaman padi tersebut akan menjadi hak miliknya.

Selain Puan Nora, seorang pesawah yang juga seorang suri rumah, Puan Fauziah Zakaria, 53, [Gambar kanan] mendakwa, suaminya telah di 'perdaya' oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Kesalamatan Kampung.

Menurut Fauziah yang tinggal dikampung Jelapang sejak 30 tahun lalu,  suaminya menandatangani surat tersebut kerana dipaksa oleh pihak JKKK.

"JKKK kata semua orang sign (tandatangan), dia (suaminya) tidak usul periksa, turut sign surat itu,"ujarnya dengan nada kesal.

Pemeriksaan Buletinonline terhadap dokumen yang ditandatangani pesawah terbabit mendapati, terdapat dua keping surat yang menjadi asas kepada perancangan 'Mini-Estate padi'.

Surat yang pertama merupakan surat permohonan pesawah untuk menyertai rancangan mini estate, manakala surat kedua adalah surat penyerahan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu untuk menerima sebarang subsidi.

Sehubungan itu, seorang pesawah Zainal Abidin Yusof , 50,  melahirkan rasa tidak puas hati keatas perjalanan projek penanaman padi tersebut.

Selain merasa tertipu dengan tindakan kerajaan mahu melaksanakan rancangan 'Mini Estate' padi itu, Zainal mendakwa terdapat 'pilih kasih' dalam pengurusan.

Projek penanaman padi di Kampung Jelapang dimulakan kembali pada tahun 2008 setelah terbiar semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Dato' Seri Idirs Jusoh.

Pada zaman pemerintahan PAS 1999 - 2004, kerajaan telah menghidupkan kembali sawah terbiar yang telah mula diusahakan pada tahun 1989.

Ketika perasmian pembukaan semula kawasan berkenaan, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said berjanji akan membuka tanah baru seluas 1500 ekar dan memberikan 10 ekar kepada setiap petani.

Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Kg. Mak Jintan sedang berjalan.

“Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,

“sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,

“kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,”katanya.

Namun setelah dua tahun berlalu, kini, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi, bahkan tanah padi sedia ada akan dirampas daripada pesawah untuk dijadikan 'Mini Estate'.

LAMPIRAN SURAT


Sumber BULETIN ONLINE


Ogos 10, 2011

PAS Kawasan Setiu Mensasarkan Tawan Semula 4 DUN dan Parlimen

SETIU – Pas kawasan Setiu berhasrat untuk menawan semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Parlimen bagi merealisasikan hasrat merampas semula pemerintahan di negeri ini.

Yang Dipertua Pas Setiu, Mohd Fauzi Muda berkata, pada realitinya Pas yakin mampu menawan dua DUN dan satu Parlimen berdasarkan kekuatan tenaga yang ada serta gerakan yang telah dilancarkan.

Malah menurutnya, pihaknya juga telah melancarkan strategi dari aspek kebajikan dan memperkenalkan konsep turun padang untuk beramah mesra dengan masyarakat berdasarkan kemampuan jentera Pas.

“Kita tidak merasakan isu pengundi tidak mahu mengundi Pas pada pilihan raya umum akan datang menjadi masalah utama kerana dasar perjuangan Pas sudah jelas dan diketahui umum bahawa kepentingan rakyat diberi keutamaan.

“Apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah mereka (pengundi) tidak mendapat penerangan yang jelas mengenai agenda yang dibawa Pas kerana dikongkong oleh media arus perdana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan untuk anak yatim DUN Batu Rakit anjuran Hal Ehwal Wanita Batu Rakit (Halwa).

Menurutnya, setakat ini generasi muda terutama belia yang layak mengundi sudah mula menyokong Pas apabila kehadiran mereka dalam program yang dianjurkan parti semakin meningkat.

“Kita berasa sudah sampai masanya rakyat Terengganu membuat perubahan besar menukar pemerintahan sedia ada dengan kerajaan yang baru dan tiada alasan untuk mereka terus menyokong UMNO.

“Kita harap pengundi baru boleh membuat pilihan yang tepat dan yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pas sekiranya rakyat sama-sama bangkit membuat perubahan selain pertolongan Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Muslimat DUN Batu Rakit, Wan Ramlah Wan Abdul Rahman, seramai 80 anak yatim dari DUN Batu Rakit telah menerima sumbangan wang sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

“Sumbangan wang yang diterima itu adalah hasil kutipan derma daripada individu dan penyokong Pas untuk membantu insan yang kurang bernasib baik. Selain itu, program ini adalah salah satu aktiviti kebajikan di bawah Majlis Tindakan DUN,” katanya - Sinar Harian