Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Januari 31, 2010

Pas Kawasan Setiu Mengucapkan Tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Setiu Dan Besut Kerana Berjaya Mengadakan Program Himpunan 2000 Orang Mude Geng Kite (OMGK).

                             

Setiu 31/1/2009 - Pas Kawasan Setiu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan Setiu dan Besut kerana berjaya menghimpunkan 2000 Orang Mude Geng Kite pada 29/1/2010, hari Jumaat, bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, bertempat di Dataran Kampung Bari Besar, Permaisuri dan berakhir dengan program ceramah perdana pada sebelah malamnya oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang dan YB. Saifudin Nasution.

Pas Kawasan Setiu juge mengucapkan tahniah kepada YB. Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu), Jawatankuasa induk program yang diketuai oleh Ustaz Mohd Nazari Alias (Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Setiu) dan Tim. Pengarah Ustaz Zulkifli Kadir (Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut), Pengerusi MTD Permaisuri Sdr. Wan Hassan Basari Wan Omar dan Halwa Dun Permaisuri bertungkuh-lumuh menyediakan makan-minum kepada peserta serta masyarakat setempat Cawangan Bari Besar yang memberi kerjasama menjayakan program Orang Mude Geng Kite (OMGK).

Januari 25, 2010

Majlis Penyampaian Bantuan Kebajikan Warga Tua, Orang Susah dan Bantuan kepada Surau Mujahidin Merang.

Setiu 24/1/2010(Ahad) – Surau Mujahidin dan masyarakat susah di Kg. Merang hari ini bertuah kerana terpilih oleh oleh syarikat Bahagian Operasi Logi GPP 5/6 Petronas di Paka Terengganu sebagai penerima bantuan. Syarikat ini mewujudkan satu unit yang dipanggil sebagai ‘ Tanggungjawab Sosial Korporat’ Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang bertemakan Bakti Dihulur, Kasih Disemai.

Kehadiran kakitangan GPP 5/6 seramai 60 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Azimin bin Mat Lazim, mereka sampai di Surau Mujahidin pukul 12.30 tengahari dengan menaiki bas syarikat dan kenderaan sendiri. Sampai di Surau Mujahiden mereka mengatur kakitangan membuat program gotong-royong surau, ada yang mengecat surau, ada yang memasang langsir, karpet dalam surau, pasang kipas dinding , bersih kipas syiling, bersih kawasan luar surau, bersih tempat wudhuk dan sebagainya.

Januari 23, 2010

Pas Kawasan Setiu Berjaya Mengadakan Program Perintis Ops Al-Falah



SETIU 22/01/2010(Jumaat) - Pas Kawasan Setiu menetapkan 2 Unit Peti Undi (UPU) sebagai projek perintis iaitu UPU Batu Rakit dalam Dun Batu Rakit dan UPU Renek dalam Dun Jabi berjaya mengadakan program Ops Al Falah (Operasi Gerak Gempur Daftar Pemilih dan Kempen Berstrategik) pada 21, 22 dan 23 /01/2010 selama 3 hari 2 malam sebagai persiapan awal mengahadapi pilihanraya ke-13 tidak lama lagi.


Untuk pengetahuan umum latar belakang program Ops Al Falah merupakan satu operasi bersepadu yang mengabungkan seluruh jentera pilihanraya Pas bermula dari Jabatan Pilihanraya Pas negeri, Jentera Pilihanraya Kawasan, Majlis Tindakan Dun, sehinggalah ke peringkat UPU-UPU dan Cawangan-Cawangan.
Matlamat utama operasi ini ialah menambah bilangan Pemilih dan keahlian Pas disetiap Dun, meningkatkan tahap keupayaan jentera pilihanraya di semua peringkat, menilai tahap penerimaan pengundi kepada isu-isu tempatan dan nasional dan meningkatkan keupayaan jentera kempen di setiap peringkat dalam merangka strategi untuk mencapai kemenangan serta mengemaskini data culaan terkini khususnya mengenalpasti pengundi luar dan pengundi baru.
Semasa sesi lawatan YDP Pas Kawasan Setiu dan Setiausaha Pas Kawasan Setiu, kami sempat singgah di Dun Batu Rakit melihat perjalanan program Ops Al Falah yang diaturkan oleh MTD Batu Rakit. Semasa sesi petang selepas jumaat wakil Bilik Gerakan Batu Rakit memberi taklimat kepada pasukan kempen Halwa Batu Rakit untuk turun ke rumah-rumah sasaran yang ditetapkan. Hasilnya cukup berkesan seperti matlamat yang ditetapkan oleh negeri.
Selepas itu kami terus ke Dun Jabi, kami sampai disana jam 4.30 petang, waktu tersebut belum lagi masuk lagi waktu asar, kami sempat berbual-bual dengan petugas di upu Renek mendengar sedikit sebanyak perjalan program Ops Al Falah di UPU Renek berjalan dengan baik atau tidak.

YDP Setiu bertanya khabar dengan petugas

Selepas sembahyang asar kami diberikan taklimat oleh Bilik Gerakan Dun Jabi tentang perjalanan program Ops Al Falah. Alhamdulillah kami Pas Kawasan Setiu berpuas hati dengan taklimat yang diberikan. Di antara program yang berjaya dibuat ialah ziarah rumah ke rumah oleh muslimat, ziarah pimpinan ke rumah golongan MOSWA, ceramah gempur, bacaan yasin, sebaran risalah, gotong-royong amal, penyampaian bantuan kebajikan, solat hajat, kuliah magrib, BBQ(tayangan LCD) dan  berakhir dengan qiamullail.

Setiausaha Kerja DUN Jabi sedang memberi taklimat


Pengerusi Dun Jabi ziarah golongan miskin.


Dr. Azman ziarah orang tua uzur.


Ada lagi warga tua tidur malam bertemankan lilin tanpa api elektrik.

Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di tapak cadangan pembinaan Kompleks Luqmanul Hakim Pas Kawasan Setiu di Kg. Guntong, Permaisuri. Sekarang ini proses pembersihan tanah tapak bangunan telah siap, kami sempat mengambil gambar tersebut. Pada 25/1/2010 hari isnin ini proses menambung tanah akan bermula dan dijangkakan dalam masa terdekat  Pas Kawasan Setiu akan membuat program ‘pecah tanah’ sebagai tanda perasmian pembinaan kompleks Pas Kawasan Setiu bermula Insya Allah.

 Tapak cadangan Kompleks Luqmanul Hakim Pas Kawasan Setiu, Guntong, Permaisuri.


Januari 14, 2010

Dato' Nik Aziz Terus Kebal Depani Krisis: Pensyarah


kemaskini 1.01pm - Walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat masih menikmati tanggapan positif rakyat, kata dua penganalisis politik.

"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media.

“Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah," kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, yang berasal dari negeri itu.

Januari 09, 2010

UMNO / BN Terengganu mengabaikan peserta PPRT.


Rhu Tapai, SETIU- Negeri Terengganu Darul Iman sering mendapat jolokan ”negeri kaya, rakyat miskin”. Jolokan tersebut disandarkan kepada rakyat negeri Terengganu yang merupakan yang kedua termiskin selepas Sabah. 
Ini ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi seperti yang pernah didedahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Adzlan Mohd. Dagang semasa pelancaran ECER di Terengganu 2 tahun yang lalu.

DS Nizar Kirim Salam Kepada Semua- Pas Kawasan Setiu Ucap Takziah kepada DS Nizar Moga Cepat Sembuh.

DS Nizar menerima panggilan pimpinan untuk bertanya khabar.

Ustaz Nordin Jaafar meminta DS Nizar bersabar dan berehat untuk sementara sembuh untuk meneruskan perjuangan rakyat.

DS Nizar di tempatkan di WAD C8 pada 11.15 pagi.

Januari 08, 2010

Laporan Stadium Runtuh Siap, Puncanya Gagal patuhi spesifikasi Dan Rasuah.


Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.

Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang mendedahkan laporan jawatankuasa siasatan itu hari ini berkata, siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan.

Januari 04, 2010

Wan Nik Setiausaha Politik MB Kelantan yang baru- Pas Kawasan Setiu Ucap Tahniah.


KOTA BHARU, 4 Jan: Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof, 49, dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUP) Menteri Besar yang baru berkuat kuasa hari ini menggantikan Anual Bakri Harun.

Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Kajian Strategi Kelantan (PKS). Selain itu beliau juga Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Wan Nik berkelulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1984.

Beliau juga memiliki sarjana dalam bidang Sains Politik di UKM pada 2005. Sekarang sedang menyiapkan tesis PhD juga dalam bidang Sains Politik.

Anak kelahiran Kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh itu merupakan bapa kepada lima anak dan kini menetap di Kampung Nipah, Bachok. Isterinya seorang pendidik.

Januari 02, 2010

Projek Sakit!! Konkrit Menara Masjid Runtuh - JKR Diminta Membuat Siasatan Pembinaan Masjid Di Taman Ilmu Tembila.


Jabi, SETIU – Kerajaan negeri Terengganu diminta memberikan fokus dalam membina dan menyiapkan Taman Ilmu Besut kerana projek mega tersebut telah pun tersasar dari tarikh siap sebenarnya.

Antaranya adalah pembinaan Parcel A, pembinaan masjid yang bernilai RM46.8 juta dikawasan Taman Ilmu, Dendong, Tembila disini yang sepatutnya telah pun siap pada Mac, 2009.