Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Januari 25, 2010

Majlis Penyampaian Bantuan Kebajikan Warga Tua, Orang Susah dan Bantuan kepada Surau Mujahidin Merang.

Setiu 24/1/2010(Ahad) – Surau Mujahidin dan masyarakat susah di Kg. Merang hari ini bertuah kerana terpilih oleh oleh syarikat Bahagian Operasi Logi GPP 5/6 Petronas di Paka Terengganu sebagai penerima bantuan. Syarikat ini mewujudkan satu unit yang dipanggil sebagai ‘ Tanggungjawab Sosial Korporat’ Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang bertemakan Bakti Dihulur, Kasih Disemai.

Kehadiran kakitangan GPP 5/6 seramai 60 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Azimin bin Mat Lazim, mereka sampai di Surau Mujahidin pukul 12.30 tengahari dengan menaiki bas syarikat dan kenderaan sendiri. Sampai di Surau Mujahiden mereka mengatur kakitangan membuat program gotong-royong surau, ada yang mengecat surau, ada yang memasang langsir, karpet dalam surau, pasang kipas dinding , bersih kipas syiling, bersih kawasan luar surau, bersih tempat wudhuk dan sebagainya.


Tepat jam 1.00 petang, majlis rasmi bermula yang dipengerusikan oleh Ustaz Muda bin Abdulah, beliau menjemput saudara Ustaz Mohd Pauzi bin Muda selaku YDP Pas kawasan Setiu untuk berucap. Dalam ucapannya beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada syarikat GPP 5/6 kerana memberi sumbangan kepada surau Mujahidin dan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan. Beliau juga mengharapkan bantuan seperti ini diperbanyakkan lagi untuk masa-masa akan datang.


Selepas itu, pengerusi menjemput Tuan Haji Azimin Mat Lazim mewakili pihak syarikat untuk berucap. Dalam ucapannya beliau menerangkan tujuan kedatangan mereka iaitu menyampaikan bantuan kepada surau Mujahidin dan memberi bantuan barangan harian kepada warga tua dan orang-orang susah. Sumbangan ini hasil sumbangan pekerja syarikat sebanyak RM 2000 dan tabung syarikat sebanyak RM6000, berjumlah semua sekali sebanyak RM8000. Hasil ini kite sumbangkan kepada surau Mujahidin dalam bentuk membaiki surau dan barangan dalaman surau seperti langsir, kipas dinding, karpet, speaker box dan cat surau. Ini adalah salah satu program dianjurkan oleh syarikat.

 

Pada akhir program, majlis penyampaian bantuan barangan kepada 29 orang yang terdiri dari warga emas dan orang-orang susah di Kg Merang. Bantuan barangan seperti beras, minyak, gula, biskut dan gandum untuk diberikan kepada warga emas dan orang-orang susah. Rata-rata penerima bantuan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menghulurkan bantuan kepada mereka, kerana sebelum ini mereka dianaktirikan oleh UMNO.


Majlis tamat jam 2.00 petang, sebelum pulang mereka dihidangkan sedikit jamuan.

Selepas itu, Tuan Haji Azimin merasmikan pemasangan sign board (papan tanda) Surau Mujahidin diiringi oleh Ustaz Mohd Pauzi dan sesi bergambar beramai-ramai.


Program gotong-royong surau Mujahidin, Merang oleh kakitangan GPP 5/6



Tiada ulasan:

Catat Ulasan