SETIU 22/01/2010(Jumaat) - Pas Kawasan Setiu menetapkan 2 Unit Peti Undi (UPU) sebagai projek perintis iaitu UPU Batu Rakit dalam Dun Batu Rakit dan UPU Renek dalam Dun Jabi berjaya mengadakan program Ops Al Falah (Operasi Gerak Gempur Daftar Pemilih dan Kempen Berstrategik) pada 21, 22 dan 23 /01/2010 selama 3 hari 2 malam sebagai persiapan awal mengahadapi pilihanraya ke-13 tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan umum latar belakang program Ops Al Falah merupakan satu operasi bersepadu yang mengabungkan seluruh jentera pilihanraya Pas bermula dari Jabatan Pilihanraya Pas negeri, Jentera Pilihanraya Kawasan, Majlis Tindakan Dun, sehinggalah ke peringkat UPU-UPU dan Cawangan-Cawangan.
Matlamat utama operasi ini ialah menambah bilangan Pemilih dan keahlian Pas disetiap Dun, meningkatkan tahap keupayaan jentera pilihanraya di semua peringkat, menilai tahap penerimaan pengundi kepada isu-isu tempatan dan nasional dan meningkatkan keupayaan jentera kempen di setiap peringkat dalam merangka strategi untuk mencapai kemenangan serta mengemaskini data culaan terkini khususnya mengenalpasti pengundi luar dan pengundi baru.
Semasa sesi lawatan YDP Pas Kawasan Setiu dan Setiausaha Pas Kawasan Setiu, kami sempat singgah di Dun Batu Rakit melihat perjalanan program Ops Al Falah yang diaturkan oleh MTD Batu Rakit. Semasa sesi petang selepas jumaat wakil Bilik Gerakan Batu Rakit memberi taklimat kepada pasukan kempen Halwa Batu Rakit untuk turun ke rumah-rumah sasaran yang ditetapkan. Hasilnya cukup berkesan seperti matlamat yang ditetapkan oleh negeri.
Selepas itu kami terus ke Dun Jabi, kami sampai disana jam 4.30 petang, waktu tersebut belum lagi masuk lagi waktu asar, kami sempat berbual-bual dengan petugas di upu Renek mendengar sedikit sebanyak perjalan program Ops Al Falah di UPU Renek berjalan dengan baik atau tidak.
YDP Setiu bertanya khabar dengan petugas
Selepas sembahyang asar kami diberikan taklimat oleh Bilik Gerakan Dun Jabi tentang perjalanan program Ops Al Falah. Alhamdulillah kami Pas Kawasan Setiu berpuas hati dengan taklimat yang diberikan. Di antara program yang berjaya dibuat ialah ziarah rumah ke rumah oleh muslimat, ziarah pimpinan ke rumah golongan MOSWA, ceramah gempur, bacaan yasin, sebaran risalah, gotong-royong amal, penyampaian bantuan kebajikan, solat hajat, kuliah magrib, BBQ(tayangan LCD) dan berakhir dengan qiamullail.
Setiausaha Kerja DUN Jabi sedang memberi taklimat
Ada lagi warga tua tidur malam bertemankan lilin tanpa api elektrik.
Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di tapak cadangan pembinaan Kompleks Luqmanul Hakim Pas Kawasan Setiu di Kg. Guntong, Permaisuri. Sekarang ini proses pembersihan tanah tapak bangunan telah siap, kami sempat mengambil gambar tersebut. Pada 25/1/2010 hari isnin ini proses menambung tanah akan bermula dan dijangkakan dalam masa terdekat Pas Kawasan Setiu akan membuat program ‘pecah tanah’ sebagai tanda perasmian pembinaan kompleks Pas Kawasan Setiu bermula Insya Allah.
Tapak cadangan Kompleks Luqmanul Hakim Pas Kawasan Setiu, Guntong, Permaisuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan