Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Disember 03, 2009

Banjir Landa Terengganu Kali 3- Jumlah Pindah 1,699 Orang


KUALA TERENGGANU 2 Dis. – Mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini meningkat 1,699 orang melibatkan 366 keluarga di tujuh daerah di negeri ini berbanding semalam seramai 301 orang melibatkan 68 keluarga di dua daerah sahaja.

Kesemua mangsa banjir mula dipindahkan ke 34 pusat pemindahan berikutan banjir gelombang ketiga yang mula melanda sejak Selasa lalu.

Sehingga pukul 6 petang ini, jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negeri memberitahu, daerah paling teruk dilanda banjir ialah Besut seramai 413 mangsa daripada 81 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Katanya, ia diikuti daerah Marang dengan 392 mangsa melibatkan 91 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan, Dungun (379 mangsa) ke lapan pusat pemindahan dan Kuala Terengganu (284 mangsa) ke enam buah pusat pemindahan.

‘‘Bagi kawasan Setiu, seramai 183 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan, manakala di Hulu Terengganu (25) daripada 5 keluarga ke satu pusat pemindahan dan di Kemaman (23) melibatkan enam keluarga ke dua pusat pemindahan,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, jalan utama ke Kuala Terengganu laluan pantai di Kampung Raja ke Tembila ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air setinggi 0.6 meter (m).

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memberitahu, setakat pukul 6 petang ini, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap, Kuala Nerus di sini pula mencatatkan paras 22.19m melebihi paras amaran (21m), manakala Sungai Marang pula di paras 13.56m melebihi paras amaran 13.20m.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan