Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Disember 07, 2009

Permintaan SPRM Agar PKR Membawa P.Balasubramaniam Kepada Mereka, Merupakan Satu Tawaran Atau Pun 'Bala' Buat Penyiasat Itu !!



Pendedahan terbaru tentang rakaman video penyiasat persendirian P.Balasubramaniam (foto), dijangka dapat merungkaikan tentang isu kehilangan beliau selama ini. Bala dalam pendedahan terbaru tersebut menjelaskan bahawa tertadapat bukti yang beliau telah disogokkan wang sebanyak RM5 juta supaya menarik balik surat akuan bersumpahnya tentang pembabitan Najib Razak dan Rosmah Mansor dalan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu.


Biarpun kes tersebut seolah-olah sudah ditutup rapat-rapat oleh Kerajaan Malaysia, tambahan pula Najib kini sedang selesa memegang tampuk negara sebagai Perdana Menteri. Namun, keresahan dan keraguan rakyat tentang kes ini masih tetap tidak dapat dielakkan. Malah, hukuman gantung yang dikenakan terhadap dua tertuduh iaitu Azilah dan Sirul dulu, dilihat sebagai "melepaskan batuk ditangga sahaja". Ramai yang melihat, keputusan drastik terhadap dua tertuduh terbabit memang sudah dirancang bagi mengelakkan "suspek utama" dibawa ke muka keadilan. Akhirnya, kedua-dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) itu terpaksa dijadikan "kambing hitam" bagi menutup segalanya. Malah, perkara ini juga turut didedahkan oleh kedua tertuduh dihari-hari terakhir perbicaraan kes Altantunya dulu. Apakah dengan pendedahan terbaru Bala itu dapat membantu menghuraikan kekalutan kes ini agaknya.

Semalam, Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin (foto), mendedahkan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan daripada PKR untuk mengesan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat itu. Beliau berkata demikian selepas beliau dipanggil untuk memberikan keterangan oleh suruhanjaya berkenaan. Shamsul berkata SPRM meminta PKR berbuat demikian secepat mungkin dan pihaknya akan sedaya upaya membantu suruhanjaya berkenaan. “SPRM minta tolong dan bantuan kepada kita ialah mereka ingin sangat bertemu dengan Bala. Saya memberikan kerjasama, saya akan usahakan dan sama-sama berikhtiar untuk membawa Bala ini ke SPRM Putrajaya” katanya. Soalnya sekarang apakah Shamsul dan parti itu bersedia untuk membawa penyiasat persendirian terbabit ke pejabat SPRM. Bukankah, Bala kini sedang menghilangkan diri dan nyawanya sudah pasti terancam dan dalam bahaya sebenarnya. Tambahan pula, beliau telah mendedahkan satu "berita besar" yang mengaitkan seorang pembesar nombor satu negara dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantunya itu. Apakah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin terbabit sanggup berdiam diri dengan pendedahan tersebut dalam keadaan kuasa yang masih ada pada mereka yang terlibat itu.

Apakah akan terjadi kepada Balasubramaniam, jika beliau dibawa ke pejabat SPRM agaknya. Jika di zaman filem "Cowboy" dulu, beliau boleh dianggap sebagai "orang yang dikehendaki" atau "Wanted". Mungkin tawarannya juga mencecah jutaan ringgit (Reward). Oleh itu, barang sesiapa yang berjaya membawa Bala dengan keadaan selamat, sudah pasti orang itu akan mendapat ganjaran yang cukup lumayan sebenarnya. Oleh itu, tidak mustahil Shamsul dan PKR pula akan dijadikan "kambing hitam" untuk mereka mendapatkan Bala. Apakah Shamsul yakin yang pihak SPRM memang benar-benar mahukan Balasubramaniam bagi menegakkan keadilan dan mencari kebenaran. Namun, tidak mustahil Bala juga akan menjadi mangsa seperti Teoh Beng Hock dulu, jika pihak SPRM mendapati beliau memang memegang rahsia besar yang boleh memudaratkan pemimpin negara. Mungkin juga tawaran SPRM kepada Shamsul itu merupakan satu "Trick" bagi memudahkan kerja mereka. Oleh itu, Shamsul dan PKR harus berhati-hati sebelum membuat sesuatu tindakan. Kita tidak harus percaya bulat-bulat kepada pihak SPRM, biarpun ada beberapa pegawai mereka yang profesional. Namun, keyakinan terhadap badan bebas itu sedikit tercalar sebenarnya. Tambahan pula SPRM dilihat lebih berselera menyiasat kes-kes kecil yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, jika mahu dibandingkan dengan banyak laporan rasuah dan penyelewengan besar yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Lantaran itulah, Shamsul tidak boleh terlalu yakin dengan membawa P.Balasubramaniam kepada SPRM, maka badan itu akan membuat satu siasatan yang adil dan telus terhadap pendedahan tersebut. Apa akan terjadi kepada Bala nanti?. Apakah keselamatan beliau dan keluarganya terjamin?. Jika sesuatu berlaku kepada Bala, siapakah yang akan dipersalahkan oleh rakyat nanti. Terkadang, dalam negara Malaysia yang berdaulat ini mahu menyatakan kebenaran itu terlalu sukar untuk diterima malah bakal berhadapan dengan berbagai tindakan. Akhirnya rakyat dijajah minda mereka oleh beberapa kerat individu yang kemaruk untuk terus berkuasa.

[Melihat kepada senario ini, maka adalah lebih wajar Balasubramaniam disembunyikan terlebih dahulu sehingga rakyat benar-benar yakin yang undang-undang di Malaysia benar-benar telus dan adil. Jika keadaan ini terus dibiarkan, maka mana munfkin rakyat dapat melihat kebenaran itu ditegakkan. Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam kes ini. Namun, sepatutnya bila terima laporan maka SPRM perlu memanggil nama-nama yang disebut itu untuk diambil keterangan. Memaksa saksi utama yang mendedahkan maklumat untuk tampil, sedangkan umum mengetahui dirinya dan keluarga kini seperti dalam buangan. Maka itulah, kita tidak harus terlalu yakin kes ini dapat selesai selepas SPRM memanggil Bala dan menyiasatnya. Mana mungkin SPRM akan menyiasat isteri seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa itu. Langkah terbaik, jika mahu melihat keadilan ditegakkan dalam kes ini ialah memastikan Barisan Nasional tumbang dalam pilihanraya umum akan datang dan keadilan ditegakkan kembali di muka bumi tercinta ini. Itulah yang paling utama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan