Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Disember 20, 2009

Penjelasan 500 Ahli PKR Dun Ijok Keluar Parti

SHAH ALAM, 19 Dis- Khabar angin mendakwa Cabang Parti Keadilan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Ijok akan dibubarkan pada jam 2 petang rupanya didalangi bekas ahli jawatankuasa yang diminta meletak jawatan selepas didapati muflis dan menyalahguna kuasa. Setiausaha Cabang Abdul Rahman Haji Talib melahirkan kekesalan PKR Kuala Selangor dengan tindakan bekas AJK itu dan menafikan khabar angin tersebut. "Suspek, Azmi Muhammad diminta meletak jawatan pada 25 Oktober lalu. Sebagaimana yang kita sedia maklum hari ini ialah pembubaran Dun Ijok. Sebenarnya, di Ijok tidak ada Cabang PKR, sebaliknya hanya ranting-ranting PKR. Jadi soal pembubaran tidak berbangkit," kata Abdul Rahman. "Mengikut Akta Pertubuhan, mana-mana individu yang telah muflis tidak layak menjadi AJK, bahkan juga tidak layak mencadang atau memberi pandangan dalam mesyuarat parti," jelasnya lagi.





NOH bersalaman dengan Azmi (kiri) pada majlis perasmian Gagasan 1 Malaysia dan Pembubaran PKR DUN Ijok, semalam.

Bekas pemimpin pembangkang DUN Ijok turut sertai BN

KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu keluar parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN), semalam.

Perisytiharan keluar PKR itu diketuai bekas Pengerusi Penyelaras PKR DUN Ijok, Azmi Muhamad di hadapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro dalam satu majlis ringkas di Ijok.- Berita Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan