Kompleks PAS Setiu

?

September 21, 2011

Pemimpin "Kanan" UMNO JABI, JKKK, Terlibat Teroka Tanah Haram.

Jabi, SETIU - Penduduk setempat mendakwa kegiatan meneroka tanah secara 'haram' begitu berleluasa di kawasan berhampiran dengan Kampung Gong Dohud dekat sini, sejak tiga tahun lalu

Ia melibatkan ratusan ekar tanah kerajaan yang dibersihkan dan dijadikan ladang kelapa sawit.


Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kegiatan berterusan yang melibatkan 'sebuah organisasi' dan jentera berat itu, menimbulkan tanda tanya.

"Saya diberitahu, ada projek besar, tetapi tidak ada sebarang papan tanda projek di kawasan berhampiran dengan tanah seorang penduduk, lot PT 2057, nombor Geran Mukim 2197, Kampung Gong Dohud,

"saya menggesa pihak berwajib, pejabat tanah daerah dan YB ADUN memberi penjelasan kepada rakyat tentang kerja-kerja yang telah dan sedang dijalankan,"ujarnya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya DUN Jabi, Sabtu 17 September.

Dr Azman yang juga Naib Yang Dipertua PAS Setiu dan Pengerusi Majlis TIndakan DUN Jabi berkata, beliau dimaklumkan kerja-kerja tersebut didalangi oleh seprang pemimpin 'kanan' Umno, Pengerusi serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berhampiran.

Menurutnya, dilaporkan anak-anak sawit yang ditanam telah mencecah usia lebih setahun malah ada sebahagiannya telah mengeluarkan hasil.


Sehubungan itu, Skuad Buletinonline dengan bantuan beberapa penduduk, bergegas ke kawasan terbabit.

Hasil pemerhatian di lokasi mendapati, kawasan-kawasan yang diterokai itu diuruskan dengan 'teratur' dengan segala kemudahan infrastruktur yang dibangunkan.

Salah satu kawasan yang didakwa, telah didirikan sebuah rumah yang dipercayai milik pemimpin kanan Umno Bahagian Setiu.

Lebih menghairankan, di sekeliling rumah terbabit ditanam dengan pokok kenaf secara tersusun, sebagaimana projek yang lazimnya diusahakan Jabatan Kerajaan.

Sementara itu, pada satu kawasan lain yang didakwa telah diagih-agihkan kepada kepada beberapa orang kuat Umno termasuk Pengerusi-Pengerusi JKKK, ladang kelapa sawit yang dibangunkan dilengkapi dengan jalan dan saliran.

Skuad Buletin juga dimaklumkan, setiap lot kawasan berkenaan berkeluasan 6 ekar, dan setiap lot dibayar dengan harga sebanyak RM20,000 bagi kos pembersihan, infrastruktur dan penanaman anak-anak kelapa sawit.



Sumber : BULETIN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan