Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Februari 09, 2010

Mangsa Kezaliman Kerpan akan berulang Di Setiu, Tunggu Dan Lihatlah.

Setiu Terengganu bakal menjadi antara pengeksport udang harimau dan udang putih utama negara apabila Projek Integrasi Taman Akuakultur Udang (i-Sharp) bernilai RM200 juta dilaksanakan di Setiu bermula tahun 2011. kerajaan negeri meluluskan tanah seluas 1,200 hektar untuk melaksanakan projek itu.

Projek tersebut di bawah penyeliaan syarikat milik kerajaan (GLC), Blue Archipelago Berhad yang menyelia projek ternakan undang Kerpan di Kedah. Fasa pertama melibatkan penggunaan 400 hektar tanah itu dan pembinaan 500 kolam ternakan udang dijangka beroperasi bermula akhir tahun depan dan Fasa kedua melibatkan 800 hektar tanah, pembinaan 1000 kolam ternakan udang.


Ketika ini, kerja-kerja pembersihan dan pecah tanah sedang dijalankan dalam memulakan pembinaan infrastruktur untuk pelaksanaan projek tersebut.


Sedar tak sahabat-sahabatku Kg. Penarik dan Kg. Banggol, Setiu, lihat saja nasib petani sawah di Kerpan, Kedah. Habis 2,000 ekar tanah sawah mereka dirampas oleh kerajaan Negeri di bawah Osman Aroff secara paksa untuk Projek Ternakan Udang Harimau (i-SHARP). Akhirnya terbengkalai. Udang entah kemana, lepas tu si Osman Aroff ghuyub. Diharapkan penduduk Kerpan tidak lupa sejarah kezaliman UMNO ini dan ianya akan berulang kembali di Setiu ini, sama-sama kite tunggu dan lihat, kalau kite lambat bertindak dari sekarang. 

Tapak Projek i-SHARP (kolam udang harimau).

Fasa  pertama tanah orang kampung tak banyak yang terlibat, mungkin orang kampung perintah secara haram sahaja. Selepas ini fasa kedua ianya akan melibatkan tanah penduduk Kampung Banggol dan Kampung-kampung lain.

Kesan sampingan lain dalam masa terdekat, kawasan tapak projek sekarang, iaitu Kampung Nyatoh adalah kawasan tadahan banjir. Tempat ini akan ditinggikan untuk mengelak air banjir memasuki kolam pada musim banjir, akibatnya penduduk sekitar, Kg. Nyatoh, Kg. Banggol, Kg. Permaisuri akan menjadi mangsa rumah ditenggelami air banjir bertambah buruk pada musim tengkujuh nanti.

Begitu juga kesan kepada ekosistem alam, terumanya hutan bakau menjadi tempat pembiakan ikan-ikan laut, ikan air tawar, ketam dan sebagainya akan musnah. Kesannya ikan-ikan di perairan Penarik akan berkurangan.

Kalau hendak cerita kesan kerosakan terlalu banyak. setakat itu saja yang dapat saya kongsikan bersama. Diharapkan selepas ini banyak lagi artikel-artikel yang berguna dari sahabat-sahabat yang boleh kite manafaatkan bersama.

Sekian, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan