Kompleks PAS Setiu

?

Julai 22, 2010

Julai 19, 2010

4 ADUN BN SETIU Tak Hadir Mesyuarat Agung Bahagian Setiu, Manifestasi Konflik Yang Berterusan, Di Mana Wibawa HISHAMMUDDIN?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Hishammuddin Hussein melahirkan kekecewaan dengan tindakan empat ADUN BN Terengganu dari Parlimen Setiu kerana tidak menghadiri persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang dirasmikan Muhyiddin Yassin dua hari lepas. Katanya, ini bukan budaya pemimpin UMNO dan mereka sepatutnya menghormati Muhyiddin. Walaupun mereka mempunyai masalah dengan bahagian tetapi parti lebih penting dari diri kita. Mereka sepatutnya menghormati kehadiran Timbalan Perdana Menteri. Begitulah kiranya kenyataan Hishammuddin dipetik.

Anehnya, sebelum ini telah beberapa kali Hishammuddin menyatakan masalah UMNO Terengganu telah selesai dan mereka telah kembali bersatu sebagai satu pasukan. Apa yang berlaku ini adalah dalil kontra dari apa yang digambarkan. Apakah ini setakat persoalan tidak menghormati kehadiran TPM, atau ia juga menyentuh soal wibawa Hishammuddin sebagai Pengerusi Perhubungan yang kelihatan begitu berkuasa dengan kedudukannya di KDN, mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar Pakatan Rakyat. Nampaknya keris keramat yang selalu dihunus Hishammuddin ketika mengetuai Pemuda UMNO dan kuasa yang dipegang di KDN, tak cukup untuk ‘menghairankan’ pemimpin UMNO Terengganu untuk menghormati wibawa beliau. Sekadar fakta, Parlimen Setiu mempunyai empat DUN. Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit. Empat ADUN yang tidak hadir bermakna keseluruhan ADUN tidak hadir. Tinggallah Mohd Jidin berseorangan selaku Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Setiu satu-satunya wakil rakyat yang hadir menyambut Muhyiddin.