Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Februari 14, 2010

PESTA PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KG. PAK BA, LANGKAP. 2010 JULUNG KALI DIADAKAN

SETIU- PAS Cawangan Kg. Pak Ba menganjurkan Pesta Pertandingan memancing tertutup Kg. Pak Ba, Langkap pada 13/2/2010 (Sabtu) yang diadakan di tebing sungai Kg. Pak Ba dengan penyertaan memancing seramai 120 orang.

Menurut kata Pengarah program pertandingan memancing tertutup Kg. Pak Ba Sdr. Amat bin Amit ini adalah program julung-julung kali diadakan di Kg. Pak Ba. Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 120 orang melibatkan lelaki, perempuan dan kanak di kampung ini. Program ini juga dapat mengeratkan persahabatan penduduk kampung Pak Ba, di mana kita penduduk Kg. Pak Ba dapat bersama dalam program ini walaupun ada perbezaan politik. Beliau juga sebagai pengarah mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Pak Ba yang menjayakan program memancing dan jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Di antara kategori yang di pertandingkan iaitu ikan besar dan berat timbangan untuk pemenang tempat pertama hingga kelima manakala ikan yang paling banyak untuk pemenang keenam hingga kesepuluh dan tempat kesebelas dan seterusnya mendapat saguhati.


Aturcara majlis pertandingan memancing bermula jam 9.00 pagi peserta melaporkan diri, jam 9.45 pagi majlis perasmian disampaikan oleh Tuan Haji Hassan Karim Timbalan Ketua Majlis Tindakan Dun Langkap (MTD). Seterusnya jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pertandingan memancing berlangsung. seterusnya 12.00 pertandingan memancing tamat dan . pada akhirnya majlis pertandingan memancing penyampaian hadiah kepada peserta memancing. Tuan Haji Hassan Karim Timbalan Ketua MTD Langkap menyampaikan pemenang kategori memancing tertutup Kg. Pak Ba.


 


Ketua Cawangan Kg. Pak Ba tebar roti canai percuma 140 biji



Apabila selesai program memancing, penduduk Kg. Pak Ba mengadakan program gotong-royong membersih dahan-dahan kayu yang tersangkut pada tiang-tiang jambatan Kg. Pak Ba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan