Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Januari 04, 2010

Wan Nik Setiausaha Politik MB Kelantan yang baru- Pas Kawasan Setiu Ucap Tahniah.


KOTA BHARU, 4 Jan: Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof, 49, dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUP) Menteri Besar yang baru berkuat kuasa hari ini menggantikan Anual Bakri Harun.

Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Kajian Strategi Kelantan (PKS). Selain itu beliau juga Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Wan Nik berkelulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1984.

Beliau juga memiliki sarjana dalam bidang Sains Politik di UKM pada 2005. Sekarang sedang menyiapkan tesis PhD juga dalam bidang Sains Politik.

Anak kelahiran Kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh itu merupakan bapa kepada lima anak dan kini menetap di Kampung Nipah, Bachok. Isterinya seorang pendidik.



Ketika ditemui di pejabatnya Wan Nik berkata, jawatan yang disandang sekarang bukan suatu kedudukan yang perlu dibanggakan, sebaliknya penuh dengan cabaran.

“Saya perlu merujuk kepada Setiausaha Politik yang pertama, kedua atau ketiga yang lebih berpengalaman bagi memudahkan saya melaksanakan tugas,” ujarnya.

Wan Nik menggantikan Anual Bakri Haron yang telah menjadi Setiausaha Politik Nik Aziz sejak 1999.

Bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yussoff, 49, memulakan tugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, menamatkan teka-teki siapa yang mengambil alih jawatan itu.

Ketika ditemui di pejabat Menteri Besar, Wan Nik yang juga Setiausaha Pilihan raya PAS Pusat berkata, beliau memulakan tugas dengan membantu mengendalikan Menteri Besar mengadakan sidang akhbar.

Jawatan baru disandang Wan Nik berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Wan Nik, yang juga bekas Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan, menggantikan Annual Bakhri Haron meletak jawatan lebih awal pada 31 Disember lepas, meskipun kontraknya tamat pada Februari depan atas sebab-sebab peribadi kerana ingin menumpukkan perhatian kepada anaknya yang sedang sakit.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaakub, 40, yang turut meletakkan jawatan itu mengesahkan beliau akan mengosongkan pejabatnya untuk kembali bertugas sebagai pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Februari depan.

Mohd Saiba berkata, jawatan sebagai pensyarah lebih sesuai baginya berbanding jawatan sekarang yang disandangnya sejak 2007 lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan