Kompleks PAS Setiu

?
Iklan tanah Lot2

Julai 14, 2011

CERAMAH GEMPUR

Jun 30, 2011

Pengistiharan 9 Julai "HARI GOTONG-ROYONG NEGARA"

SHAH ALAM, 30 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengisytiharkan Himpunan Bersih pada 9 Julai depan sebagai Hari Gotong Royong Perdana Peringkat Negara.

Sebelum itu, beliau menggambarkan suasana hanyir dan meloyakan dengan segala macam sampah sosial berselerakan di seluruh pelosok negara menerusi sebuah sajak khas untuk Bersih.

Antara bait sajaknya berbunyi: 'Rasuah berselerak di laman politik negara' yang menggambarkan keadaan politik yang penuh dengan kucar kacir ditambah suasana pilihan raya yang tidak adil dan bersih.

Beliau menyeru semua golongan masyarakat agar hadir dalam himpunan 9 Julai depan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan negara dari segala kekotoran memualkan selama ini.

Jun 23, 2011

Presiden PAS Menyeru Semua Ahli PAS Dan Penyokong Menyertai Himpunan Bersih 2

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Jun 12, 2011

Senarai Penuh Kabinet Kerja PAS Pusat 2011-2013


PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN
Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu, Hj

NAIB PRESIDEN
Salahuddin Ayub, YB
Husam Musa , YB Dato’
Mahfuz Omar, YB Dato’

SETIAUSAHA AGUNG
Mustapha Ali , Dato'

Penolong Setiausaha Agung

Datuk Takiyuddin Hassan, YB
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,YB. Dr.
Ahmad Sabki Yusuf.

BENDAHARI
Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato'

KETUA PENERANGAN 
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato'

PENGARAH PILIHANRAYA
 Hatta Ramli, YB. Dr.

Mei 14, 2011

Pembinaan Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim FASA Pertama Hampir Selesai

Makluman kepada penyumbang-penyumbang kepada pembinaan Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, sekarang ini pembinaan hampir selesai untuk FASA pertama sehingga bulan Jun ini, dimana sekarang ini pembinaan menyiapkan kerangka tingkat pertama dalam proses pembinaan. Kami amat mengharapkan sumbangan berterusan dari dermawan supaya memberi sokongan tetap kepada PAS Kawasan Setiu bagi menyiapkan Kompleks Tarbiyyah ini mengikut jadual ditetapkan. Sekali lagi kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua dermawan.

Di sini kami pamerkan gambar-gambar perkembangan terkini pembinaan Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim setakat 14 Mei 2011.


April 25, 2011

Setiausaha Agung PAS Rasmi Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiu 33

Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Setiu InsyaAllah akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 33 pada 29 April 2011 bertempat di Masjid Lama Kampung Buluh, Bandar Permaisuri, Setiu Terengganu.

Bermula dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Dato’ Haji Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS pada jam 3.30 petang hari tersebut, mesyuarat agong yang dijangka akan dihadiri oleh kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati akan menjadi medan muhasabah penting dalam rangka persiapan PAS Kawasan Setiu bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Tentu sekali yang paling akan mencuri perhatian, bagaimana susunan kepimpinan baru PAS Setiu dipilih dan dibentuk yang boleh diistilahkan sebagai kepimpinan yang akan menerajui jentera PAS Kawasan berhadapan ujian besar PRU 13 nanti.

Menelusuri usia 33 tahun berhadapan dengan mehnah dan tribulasi perjuangan, Kawasan Setiu sebagai kawasan parlimen bongsu di negeri Terengganu tentunya tidak lagi boleh tampil sebagai anak bongsu yang manja, tetapi perlu kehadapan dengan kemulian dan kebanggaan kerana perjuangan Islam yang didokongi.

Usul-usul yang dijangka bakal dibentangkan untuk dibahaskan oleh para perwakilan di Mesyuarat Agong ini merangkumi usul pembangunan Kompleks Tarbiyah PAS Setiu, Usul Pendidikan PASTI, usul Tarbiyah dan termasuk juga usul pengukuhan organisasi, semuanya tentu sekali bermatlamatkan ke arah memperkasakan lagi bahtera perjuangan PAS Kawasan Setiu.

 
Dr Azman Ibrahim
Ketua Penerangan PAS Setiu