Kompleks PAS Setiu

?

Mei 30, 2010

Dewan Bedah Hospital Setiu, Ancam Nyawa Pesakit.


KENYATAAN MEDIA ISU DEWAN BEDAH HOSPITAL SETIU.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Terengganu selepas mesyuarat EXCO 26 Mei lalu di mana sekali lagi beliau menyuarakan kekecewaannya kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan serta kontraktor atas kegagalan Dewan Bedah Hospital Setiu Berfungsi setelah tujuh tahun siap dibina.

Setelah kenyataan pertama berhubung isu ini dikeluarkan oleh Menteri Besar Januari lalu, disusuli kenyataan kedua minggu lepas, saya melihat ada kecenderungan untuk saling tuduh menuduh apabila sesuatu projek yang dibina bermasalah atau mengalami kegagalan. Sikap menyalahkan pimpinan kerajaan negeri terdahulu (sedangkan MB sekarang adalah sebahagian pimpinan kerajaan negeri terdahulu) dan kementerian serta agensi kerajaan pusat termasuk pihak kontraktor tanpa ada sebarang langkah konkrit ke arah penyelesaian tidak akan mendapat memberi sebarang manfaat kepada rakyat. Malah rakyat akan menjadi pelanduk yang tersepit di antara gajah-gajah yang telah ‘sendawa’ kekenyangan mengaut keuntungan walaupun hakikatnya projek tersebut gagal berfungsi sepenuhnya.

Mei 27, 2010

Ustaz Ghazali, Mantan Bendahari PAS Setiu Kembali Ke RahmatuLlah - PAS Kawasan Setiu Ucap Takziah

Batu Rakit, SETIU – Bekas calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri Batu Rakit Ustaz Ghazali Ahmad, 79, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Darat Batu Rakit di sini setelah terlantar enam tahun kerana serangan angin ahmar.

Beliau adalah seorang tokoh veteran PAS yang juga merupakan bekas Bendahari PAS Setiu telah uzur dan tidak dapat bergerak sejak enam tahun lalu.

Allahyarham juga serta pernah menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terenggganu pada tahun 90-an.

Beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi Rabu 26 Mei 2010, ditemani isterinya, Cikgu Wan Ramlah Dato’ Dalam, 70, serta anak dan menantu.

Mei 12, 2010

Maklumat Yang Perlu Diketahui PRK P212 Sibu-Analisa

Parlimen P.212 Sibu terletak agak pedalaman Sarawak berbanding Kuching atau Miri. Ia meibatkan tiga dewangan undangan negeri iaitu N.47 Bawang Assan, N.48 Pelawan dan N.49 Nangka. Sementara geografinya adalah satu kawasan dengan sifat relifnya beralun direntasi Sungai Rejang dan cabangnya Sungai Igan. Berada dalam Bahagian Sibu, dengan Mukah terletak di sebelah utara, Sarikei di selatan manakala Kapit di sebelah timurnya.Ia satu kawasan pembalakan yang penting menjadikan Bandar Sibu sebagai pusat perniagaan balak dan pertumbuhan ekonomi perniagaan.

Atas faktor geografi dan ekonomi perniagaan, Sibu merupakan pusat penempatan penduduk Cina terbesar, khususnya suku Foochow.

Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lepas, pengundi dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus). Lihat jadual 1 dan Jadual 2 berikut.

Mei 07, 2010

Peserta Kelompok Pertanian Kg. Sg. Bari Dizalimi

 SETIU(Langkap) - Seramai 16 peserta Kelompok Pertanian Al-Falah di Kg. Sungai Bari dekat sini, mendakwa mereka telah dizalimi apabila hasil tanaman kelapa sawit yang mereka usahakan, dirampas. Segala titik peluh mereka menanam kelapa sawit secara usahasama dengan Yayasan Terengganu telah dinafikan.

Menurut bekas pesertanya, Ahmad Mohd Noor, 43, Kerajaan negeri  Terengganu yang kononnya mengutamakan rakyat tidak ada belas kasihan dan perikemanusiaan langsung.

Katanya, beliau bersama rakan-rakan yang lain telah membuat permohonan secara sah kepada Yayasan Terengganu mengusahakan projek pertanian bersepadu di atas tanah agensi tersebut.

”Saya bersama kawan-kawan, setelah mendapat kelulusan, mengusahakan tanaman, pisang dan nanas untuk jangka pendek, sementara kelapa sawit membesar,

”semua pihak maklum dan tahu, kami mengeluarkan belanja dan tenaga sendiri,”ujarnya.

Mei 01, 2010

SPR Ilhamkan Kemenangan Majoriti 17+25(1,725) BN Hulu Selangor


Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).

Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725. Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.