Kompleks PAS Setiu

?

Mac 27, 2010

Zaid bakal calon PKR?


Zulkifli Sulong.   
Ketika para pemimpin Barisan Nasional (BN) saling berebut antara satu sama lain siapakah bakal diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, PKR nampaknya memberikan tanda yang jelas dalam majlis mereka malam tadi.

Ia semacam disahkan pula oleh Twitter yang disebarkan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis itu bermula. Ada empat pemimpin PKR yang menyertai majlis perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' di Stadium Kuala Kubu malam tadi, selain beliau sendiri.

Mac 23, 2010

Perbezaan antara UMNO, PKR dan PAS

POLITIC is the art of possible kata ahli politik Jerman, Otto Von Bismarck. 

Mungkinkah kerana berpegang kepada falsafah itu tiga anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti. Terakhir anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, 65 mencuba falsafah itu. Sebelumnya Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).Manakala anggota parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dipecat sebagai ahli parti. Sekarang jumlah anggota parlimen PKR tinggal 27 orang.

Rakan-rakan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP kekal 28 kerusi dan PAS juga bertahan 23 kerusi. Pada awalnya jumlah anggota parlimen yang menang atas tiket PAS ada 24 kerusi, namun Datuk Ibrahim Ali enggan mengakui hakikat itu. Jadi PAS terus kekal dengan 23 kerusi biar pun ada pertambahan dengan satu kerusi di Kuala Terengganu pada Januari 2009.

Mac 17, 2010

Dialog Bersama YBM Tan Sri Tg. Razaleigh Hamzah Di Teruskan- Jom Pakat Hadir Beramai-Ramai.

KUALA TERENGGANU - Dialog Rakyat berkenaan isu royalti bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada (esok) 18 Mac yang akan diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai akan diteruskan seperti biasa.

Setiausaha Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Zaidan Abdullah berkata, majlis dailog tersebut diadakan di dalam dewan dalam kawasan yang tertutup, bukan kawasan umum.


“Majlis dailog bersama YBM Tengku Razaleigh adalah dalam kawasan yang tertutup, dalam dewan dan berpagar,”katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Walau bagaimana pun pihaknya agak terkejut kerana dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis petang ini (17 Mac).

“sebenarnya tidak perlu memohon permit kerana ia bukan diadakan ditempat umum, namun atas dasar penghormatan kami kepada pihak polis,

"kami telah menghantar permohonan tersebut pada petang semalam, mungkin pihak ketua polis belum dimaklumkan,”jelasnya.

 
Walau bagaimana pun, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan polis bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Mac 11, 2010

Felda-Felda Talian Hayat Terakhir UMNO

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi ‘anak emas’ Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.

Kezaliman Felda

Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

Mac 02, 2010

Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno (Tong Sampah)

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. 

Mengulas aksi lompat beberapa beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang  berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

"Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.