Kompleks PAS Setiu

?

Februari 21, 2010

Campur Tangan Luar, Sebab Kelemahan Sistem Kehakiman 1Malaysia - Abdul Hadi


KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kelemahan proses kehakiman dan perundangan negara ini telah menyebabkan pihak luar canmpur tangan dan memprotes sistem kehakiman negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.
Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.

Berikut ialah jawaban beliau kepada soalan pihak media.

Februari 17, 2010

Jangan Robohkan Doktrin Wala' Taat dan Thiqah Dalam PAS

Idris Ahmad.

Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Februari 14, 2010

PESTA PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KG. PAK BA, LANGKAP. 2010 JULUNG KALI DIADAKAN

SETIU- PAS Cawangan Kg. Pak Ba menganjurkan Pesta Pertandingan memancing tertutup Kg. Pak Ba, Langkap pada 13/2/2010 (Sabtu) yang diadakan di tebing sungai Kg. Pak Ba dengan penyertaan memancing seramai 120 orang.

Menurut kata Pengarah program pertandingan memancing tertutup Kg. Pak Ba Sdr. Amat bin Amit ini adalah program julung-julung kali diadakan di Kg. Pak Ba. Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 120 orang melibatkan lelaki, perempuan dan kanak di kampung ini. Program ini juga dapat mengeratkan persahabatan penduduk kampung Pak Ba, di mana kita penduduk Kg. Pak Ba dapat bersama dalam program ini walaupun ada perbezaan politik. Beliau juga sebagai pengarah mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Pak Ba yang menjayakan program memancing dan jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Di antara kategori yang di pertandingkan iaitu ikan besar dan berat timbangan untuk pemenang tempat pertama hingga kelima manakala ikan yang paling banyak untuk pemenang keenam hingga kesepuluh dan tempat kesebelas dan seterusnya mendapat saguhati.

Februari 09, 2010

Mangsa Kezaliman Kerpan akan berulang Di Setiu, Tunggu Dan Lihatlah.

Setiu Terengganu bakal menjadi antara pengeksport udang harimau dan udang putih utama negara apabila Projek Integrasi Taman Akuakultur Udang (i-Sharp) bernilai RM200 juta dilaksanakan di Setiu bermula tahun 2011. kerajaan negeri meluluskan tanah seluas 1,200 hektar untuk melaksanakan projek itu.

Projek tersebut di bawah penyeliaan syarikat milik kerajaan (GLC), Blue Archipelago Berhad yang menyelia projek ternakan undang Kerpan di Kedah. Fasa pertama melibatkan penggunaan 400 hektar tanah itu dan pembinaan 500 kolam ternakan udang dijangka beroperasi bermula akhir tahun depan dan Fasa kedua melibatkan 800 hektar tanah, pembinaan 1000 kolam ternakan udang.